Utusan Borneo (Sabah)

UMS raih tempat kedua Pertanding­an Huawei ICT Malaysia

Pertanding­an Huawei ICT Malaysia

- Oleh YAP SIONG HAN

PASUKAN Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih tempat kedua pada Pertanding­an Akhir Huawei ICT Malaysia 2018-2019 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan daripada UMS, kejayaan itu diperoleh melalui tiga pelajar dari Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) iaitu Liew Chun Khai, Lynnett Lim Weng Khey dan Tan Yee Leng serta seorang pensyarah FKI yang juga tutor pasukan, Dr Tan Soo Fun.

“Kemenangan ini membolehka­n pasukan UMS meraih hadiah empat telefon Huawei Nova 3 berserta wang tunai RM2,000.

“Kesemua mereka terlebih dahulu berjaya melepasi peringkat awal pertanding­an yang berlangsun­g pada 13-14 Disember 2018 dan turut dipilih mengikuti Program Pentauliah­an Profesiona­l Huawei ICT Associate (HCIA) serta latihan persiapan peringkat akhir,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Teoh Nie Ching.

Beliau turut menyampaik­an Anugerah Pencapaian Cemerlang Huawei ICT Academy Malaysia kepada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kamarudin D Mudin sebagai pengiktira­fan prestasi cemerlang UMS dalam pembanguna­n bakat ICT.

Pertanding­an itu antara lain bertujuan memupuk bakat ICT tempatan dan membangunk­an pemimpin ICT generasi yang akan datang di Malaysia selain mempromosi­kan daya saing ICT negara, inovasi dan kreativiti, yang menjadi asas untuk membina ekonomi berasaskan pengetahua­n.

Pertanding­an akhir menyaksika­n tujuh pasukan dari tujuh universiti bersaing iaitu UMS, Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UNITEM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Taylor dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Hadir sama, Dekan FKI Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim dan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Noor Hapipah Samat.

Kemenangan ini membolehka­n pasukan UMS meraih hadiah empat telefon Huawei Nova 3 berserta wang tunai RM2,000. Kesemua mereka terlebih dahulu berjaya melepasi peringkat awal pertanding­an yang berlangsun­g pada 13-14 Disember 2018 dan turut dipilih mengikuti Program Pentauliah­an Profesiona­l Huawei ICT Associate (HCIA) serta latihan persiapan peringkat akhir.

 ??  ?? TEOH (tiga dari kiri) menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada peserta UMS. Turut kelihatan Kamarudin (empat dari kiri).
TEOH (tiga dari kiri) menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada peserta UMS. Turut kelihatan Kamarudin (empat dari kiri).
 ??  ?? KAMARUDIN (dua dari kanan) menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Huawei ICT Academy Malaysia yang disampaika­n oleh Teoh.
KAMARUDIN (dua dari kanan) menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Huawei ICT Academy Malaysia yang disampaika­n oleh Teoh.
 ??  ?? TEOH (tengah) bersama Kamarudin (empat dari kiri), Ag Asri (tiga dari kiri), Hapipah (empat dari kanan) dan Tan (dua dua kiri) merakamkan gambar kenangan.
TEOH (tengah) bersama Kamarudin (empat dari kiri), Ag Asri (tiga dari kiri), Hapipah (empat dari kanan) dan Tan (dua dua kiri) merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia