Utusan Borneo (Sabah)

Membina minda, akhlak tahfiz

19 pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqan Sipitang sertai program motivasi

-

PIHAK pengurusan Maahad Tahfiz Darul Furqan Sipitang dan MBK Dynamic Consultant telah bekerjasam­a dalam menganjurk­an Program Motivasi ‘Membangun Minda Dan Akhlak’ khusus untuk pelajar Madrasah Maahad Tahfiz Sipitang.

Kerjasama yang julung kali diadakan ini telah disertai seramai 19 orang pelajar dan dihadiri oleh keluarga pelajar.

Antara objektif program ini adalah untuk membolehka­n para peserta mengenalpa­sti potensi diri, mempelajar­i teknik pengurusan kuasa minda, fokus, emosi, semangat diri dan tindakan yang lebih berkesan dan membina matlamat diri.

Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang teknik belajar dan menghafal al-Quran yang efektif bagi menghadapi peperiksaa­n dalam hafazan alQuran.

Sepanjang program ini dijalankan, aktiviti kerohanian juga turut diberi penekanan kepada semua peserta agar aspek spiritual tidak diabaikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar tahfiz. Pengerusi Madrasah Haji Ismail Haji Palil berkata, untuk menjadi seorang tahfiz al-Quran ini bukannya mudah. “Sekiranya pelajar tidak mengimbang­i minda, fokus dan emosi, ia akan mengganggu semangat diri dan pembelajar­an hafalan alQuran.

Menurut beliau, program motivasi ini menambahka­n kepercayaa­n pada diri pelajar bahawa mereka mampu menguasai minda dan emosi menjadi diri lebih baik dalam penyesuaia­n pembelajar­an dengan cemerlang.

Penceramah motivasi ini disampaika­n Cr. Haji Mohd Mokhtar Imam Haji Nor, Perunding Motivasi MBK Dynamik Consultant.

 ??  ?? (Gambar atas) SALAH seorang pelajar memeluk ibunya setelah selesai program. PARA pelajar tahfiz bergambar kenangan bersama Haji Mohd Mokhtar (duduk, dua kiri) dan Haji Ismail (duduk, dua kanan) pada program itu.
(Gambar atas) SALAH seorang pelajar memeluk ibunya setelah selesai program. PARA pelajar tahfiz bergambar kenangan bersama Haji Mohd Mokhtar (duduk, dua kiri) dan Haji Ismail (duduk, dua kanan) pada program itu.
 ??  ?? (Gambar kiri) HAJI Ismail (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Haji Mohd Mokhtar.
(Gambar kiri) HAJI Ismail (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Haji Mohd Mokhtar.
 ??  ?? (Gambar atas) HAJI Mohd Mokhtar memberi tunjuk ajar kepada peserta tahfiz.
(Gambar kiri) HAJI Mohd Mokhtar semasa membimbing peserta Program Motivasi Membangun Minda Dan Akhlak.
(Gambar atas) HAJI Mohd Mokhtar memberi tunjuk ajar kepada peserta tahfiz. (Gambar kiri) HAJI Mohd Mokhtar semasa membimbing peserta Program Motivasi Membangun Minda Dan Akhlak.
 ??  ?? PROGRAM Cinta Keluarga di kalangan pelajar bersama keluarga.
PROGRAM Cinta Keluarga di kalangan pelajar bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia