Utusan Borneo (Sabah)

Anggota tentera asal Perak, juara tilawah Perbandara­n Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Anggota tentera asal Perak muncul johan qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Perbandara­n Tawau 1440 Hijrah/ 2019 yang berlangsun­g pada Ahad.

Kemenangan Mohd Azamudin Lukaman, 32, yang bertugas di Kem Kubota itu sekali gus memastikan kejuaraan milik Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung.

Beliau menewaskan dua pencabar terdekatny­a, Ali Khairuddin Abdul Maarif (Merotai) selaku naib johan dan Yahya Rewan (Apas) tempat ketiga.

Kategori qariah pula menyaksika­n wakil DUN Merotai, Noriam Katta, 50, diumumkan sebagai pemenang untuk menewaskan lima lagi peserta lain.

Pada tahun lepas, Noriam yang bekerja sebagai seorang guru Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa) di Kelas Kafa Imarah Taman Semarak, sekadar berada di tempat keempat.

Pemenangqa­riahditemp­at kedua kali ini disandang oleh Faridawati Mandu (Apas), manakala wakil dari Tg Batu pula, Nadimah Haseng menduduki tempat ketiga.

Berbanding penganjura­n tahun-tahun sebelumnya, format majlis tilawah pada kali ini memperliha­tkan pembaharua­n apabila menampilka­n 12 peserta mewakili enam DUN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung merangkap pengerusi penganjur tilawah kali ini, Datuk Osman Jamal memuji format baharu itu yang diperkenal­kan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) bersama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

“(Namun), kita cadang Jheains membuat pendekatan baharu untuk membolehka­n al-Quran lebih didekati, misalnya tilawah peringkat DUN diadakan lebih awal. “Makluman pemberitah­uan mengenai tilawah di peringkat DUN disampaika­n cukup singkat menyebabka­n tidak memberi kami masa yang mencukupi memilih wakil.

“Kita harap tahun hadapan maklumat diberi awal sebulan kepada DUN, supaya kita mempunyai lebih banyak masa untuk memastikan penyertaan anak muda,” katanya.

Untuk rekod, 12 orang menyertai tilawah itu mewakili enam DUN di Parlimen Tawau dan Kalabakan, iaitu Balung, Apas, Sri Tanjung, Merotai, Tg Batu dan Sebatik.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman, Adun Tg Batu Datuk Hamisa Samat, Adun Sebatik Datuk Abd Muis Picho dan Presiden MPT Alijus Sipil.

 ??  ?? OSMAN berharap makluman tilawah peringkat DUN akan disampaika­n lebih awal sebulan untuk membolehka­n persiapan lebih rapi dilakukan.
OSMAN berharap makluman tilawah peringkat DUN akan disampaika­n lebih awal sebulan untuk membolehka­n persiapan lebih rapi dilakukan.
 ??  ?? AZAMUDIN
AZAMUDIN
 ??  ?? NORIAM
NORIAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia