Utusan Borneo (Sabah)

SMK Tambulion, SK Tangkurus terima sumbangan RM15,000

-

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick menyampaik­an sumbangan ‘touchpoint­s’ sejumlah RM15,000 untuk SMK Tambulion dan SK Tangkurus di sini.

Beliau yang juga Adun Kadamaian berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM10,000 disumbangk­an kepada SMK Tambulion untuk membeli keperluan seperti meja dan kerusi pelajar dan selebihnya untuk Tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tangkurus.

“Ini adalah peruntukan daripada touchpoint­s Adun Kadamaian. Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatk­an sepenuhnya untuk kebaikan para pelajar sekolah.

“Semoga suatu hari nanti, para pelajar ini yang akan menjadi alumni sekolah dan kembali semula ke sekolah ini untuk membantu memenuhi keperluan pada masa itu.

“Kita berharap sumbangan ini dapat menjadi sebahagian daripada penyelesai­an masalah yang dihadapi pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan perasmian Kejohanan Sukan Bola Baling Peringkat Zon Timur Kota Belud di SK Tangkurus dan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tambulian, di sini.

Ewon berkata beliau akan terus memberi sokongan kepada program-program kecemerlan­gan sekolah, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

“BagiKampun­gTangkurus, pada tahun lepas, saya telah memberi peruntukan untuk naik taraf sebahagian jalan menuju ke kawasan ekopelanco­ngan kampung itu kepada jalan konkrit.

“Sementara pada tahun ini, bersempena dengan lawatan ke SK Tangkurus, saya telah meninjau keperluan membaik pulih dan membina semula dewan terbuka sekolah ini, maka saya bertekad untuk menyalurka­n peruntukan untuk tujuan itu pada tahun ini bagi kemudahan warga SK Tangkurus khasnya dan komuniti kampung amnya.

“Selain itu, saya juga menyampaik­an sumbangan touchpoint­s Adun Kadamaian sebanyak RM5,000 kepada SK Tangkurus dan Tabung PIBG sekolah itu sebagai tanda sokongan, serta menyampaik­an satu set speaker mudah alih kepada pihak sekolah,” katanya.

Sementara itu, johan keseluruha­n bagi Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tambulion dimenangi Pasukan Rumah Sukan Hang Jebat, tempat kedua Hang Lekir dan ketiga Hang Tuah.

Olahragawa­ti dan olahragawa­n A masing-masing dimenangi Lystra Magdalena Kiansan dan Richewin Amung Harry.

Bagi kategori B pula, olahragawa­ti dimenangi Evory Beatrice Marikus manakala olahragawa­n pula ialah De Hans Noel.

 ??  ?? EWON bergambar bersama Pasukan Hang Jebat.
EWON bergambar bersama Pasukan Hang Jebat.
 ??  ?? EWON menyampaik­an hadiah kepada wakil Pasukan Hang Jebat.
EWON menyampaik­an hadiah kepada wakil Pasukan Hang Jebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia