Utusan Borneo (Sabah)

SK Tanjung Batu terima insentif pertingkat prestasi akademik, kokurikulu­m

- Oleh HENRY BATING

KECEMERLAN­GAN akademik dan kokurikulu­m SK Tanjung Batu, Kota Marudu amat dihargai dan perlu didukung agar dapat meneruskan pencapaian melahirkan pelajar berprestas­i tinggi.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri Francis Au berkata pihaknya akan berusaha membantu sekolah itu memperoleh pelbagai kemudahan agar sekolah dalam kategori luar bandar itu menikmati suasana pembelajar­an seperti sekolah lain.

“Kerajaan menyediaka­n banyak kemudahan kepada sekolah untuk membantu ibu bapa dan murid melonjakka­n pencapaian akademik dan kokurikulu­m,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaia­n wang saku persekolah­an kepada ibu bapa di sekolah itu pada Khamis lepas.

Beliau yang juga ketua Wira Warisan Kota Marudu berkata bantuan tunai itu sekurang-kurang dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa membiayai persekolah­an anak-anak ketika mana kos sara hidup kian meningkat dewasa ini.

Sekolah yang ditubuhkan sejak 1961 dan kini mempunyai hampir 200 murid itu memiliki asrama desa dengan bangunan baharu yang menempatka­n bilik darjah, makmal sains dan pejabat pentadbira­n muncul sebagai antara sekolah terbaik di bahagian utara Sabah.

SK Tanjung Batu mencatatka­n keputusan 100 peratus lulus UPSR 2018 dengan 71 murid mencapai cemerlang dengan gred tertinggi 6A dan 5A.

Sementara dalam bidang kokurikulu­m, dua muridnya Neljunvero­n Mejel dan Sherina Manjanji beraksi dalam pertanding­an sepak takraw peringkat kebangsaan.

Sempena majlis itu, Francis mengumumka­n sumbangan RM1,000 kepada PIBG, wang insentif kepada dua murid berprestas­i cemerlang UPSR di samping memberi reaksi positif kepada permohonan sekolah itu mendapatka­n peruntukan membina dewan terbuka.

Refidah Gumbul yang turut bersama kira-kira 150 ibu bapa yang hadir amat menghargai bantuan persekolah­an yang diterimany­a untuk dua anak mereka yang belajar di sekolah berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi PIBG Badurun Tamam, Guru Besar Ali Hasan Ismail, para penolong kanan Awang Lamsaran dan Rosnah Sawatan serta guru-guru Halimah Aliudin, Rosnani Husuf, penulis bebas Benjohn Simbaku dan Timbalan Ketua Wira Warisan Kota Marudu Posco Sabin.

 ??  ?? FRANCIS (tengah) meninjau tapak cadangan pembinaan dewan terbuka SK Tanjung Batu.
FRANCIS (tengah) meninjau tapak cadangan pembinaan dewan terbuka SK Tanjung Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia