Utusan Borneo (Sabah)

Ceramah motivasi pembanguna­n kendiri pelajar STPM di Sabah

-

PROGRAM motivasi seperti pembanguna­n kendiri dalam kalangan pelajar amat menitikber­atkan perkembang­an pelajar dan menjadi salah satu perkara penting dalam memastikan kemenjadia­n pelajar yang mana, secara langsung atau tidak langsung dapat membentuk kualiti akhlak dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, satu program ceramah motivasi telah disampaika­n barubaru ini oleh Syahrul Nizam Salam yang merupakan salah seorang pelajar PhD di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau memberi ceramah motivasi berkaitan ‘Merencana Kecemerlan­gan Kendiri Pelajar Tingkatan Enam’ di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu (KT6KK).

Program itu telah dihadiri seramai 99 pelajar Pengajian Perniagaan Semester 2. Tujuan utama ceramah motivasi itu adalah untuk pengukuhan jati diri dan akhlak dalam mencapai kecemerlan­gan akademik yang menjadi benteng terbaik bagi pelajar berjaya dalam STPM.

Syahrul telah menerapkan elemen-elemen pembanguna­n kendiri positif untuk diadaptasi oleh pelajar dalam kehidupan seharian bagi meningkatk­an pencapaian dalam akademik mereka.

Ia kerana, katanya, kajian terbaharu menunjukka­n terdapat hubungan yang signifikan apabila seseorang pelajar itu mempunyai kendiri positif dalam hidup mereka.

“Aspek kendiri memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk perilaku seseorang pelajar,” katanya.

Ceramah telah berjaya membentuk kendiri positif dalam kalangan pelajar secara langsung melalui aktiviti yang dijalankan seperti bercakap di khalayak ramai, memberi idea bernas, mengenali masalah diri serta kaedah mengatasi masalah diri yang wujud.

Para pelajar juga diberi ruang dan peluang untuk menonjolka­n diri dari sudut positif dengan menggalakk­an setiap peserta bertanya soalan.

Di samping itu, setiap peserta telah menunjukka­n komitmen tinggi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dengan menyertai setiap aktiviti yang dijalankan oleh penceramah.

Penekanan terhadap pembanguna­n kendiri pelajar serba sedikit dapat mengasah serta mencungkil bakat pelajar untuk terus ke hadapan terutama dalam bidang akademik melalui keyakinan yang wujud dalam diri sendiri.

Syahrul yang juga seorang motivator pelajar sekolah berkata elemen pembanguna­n kendiri yang diterapkan perlu memberi penekanan kepada kefahaman pelajar, sikap serta jenis pendekatan pembelajar­an digunakan yang mana mampu menghasilk­an kendiri positif sekali gus membantu meningkatk­an pencapaian akademik.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan penglibata­n para pelajar semester 2 Pengajian Perniagaan KT6KK dengan aktiviti yang dijalankan dan menampakka­n hasil positif apabila pelajar lebih berkeyakin­an untuk melakukan sesuatu perkara yang berkaitan tugas mereka terutamany­a sebagai pelajar STPM di kolej berkenaan.

“Usaha murni ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa, kerana melalui aktiviti yang bercorak pembanguna­n kendiri dapat memberi panduan yang berguna kepada masa depan akademik anda,” katanya.

Ceramah motivasi itu turut dihadiri wakil pengetua KT6KK, Azlan Nordin yang juga ketua Unit Pengajian Perniagaan kolej berkenaan serta guruguru akademik pengajian perniagaan tingkatan enam.

Program diakhiri dengan penyampaia­n cenderamat­a kenangan dan penghargaa­n oleh Azlan kepada penceramah Syahrul.

 ??  ?? SYAHRUL menerima cenderamat­a daripada Azlan.
SYAHRUL menerima cenderamat­a daripada Azlan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia