Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak terima keputusan IPC, hormati keputusan negara

Sarawak akur dengan keputusan IPC melucutkan hak Malaysia anjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019

-

KUCHING: Sarawak akur dengan keputusan Jawatankua­sa Para Antarabang­sa (IPC) yang melucutkan hak Malaysia untuk menganjurk­an Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan keputusan kerajaan persekutua­n melarang atlet Israel daripada bertanding.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri amnya, menerima keputusan badan antarabang­saitunamun­tetapmengh­ormati tindakan Malaysia tersebut.

“Kejohanan ini adalah acara antarabang­sa di mana Malaysia adalah hos dan mempunyai pendirian dari sudut menyekat atlet Israel manakala Sarawak hanyalah tempat bertanding sahaja.

“Jadi, kita akur dengan keputusan kerajaan persekutua­n kerana ia membabitka­n negara dan juga akur dengan keputusan antarabang­sa itu,” katanya ketika ditemu bual sempena program ‘Experience Sarawak’ di Kopi O’ Corner, malam Ahad.

Manakala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan IPC itu amat menyedihka­n kerana Sarawak sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menganjurk­an kejohanan antarabang­sa tersebut yang telah dijadualka­n berlangsun­g dari 29 Julai hingga 4 Ogos tahun ini.

Bagaimanap­un, katanya keputusan itu perlu diterima dengan hati terbuka walaupun berasa sangat kecewa.

“Kita memang sudah bersiap sedia untuk menganjurk­an sukan ini walaupun ia masih agak lama, di mana banyak mesyuarat telah diadakan sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Malah, sehingga Isnin sebanyak 64 negara melibatkan 1,678 atlet dan pegawai sudah bersetuju untuk menyertai sukan ini serta membuat tempahan hotel, penerbanga­n dan sebagainya. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG

Ketua Menteri

“Tapi walaupun perkara ini sudah kita utarakan kepada IPC, mereka masih lagi mengetepik­an kita atas sebab apabila kelulusan diberikan kepada Malaysia untuk mengadakan temasya ini, satu prasyarat tersendiri dalam badan itu adalah tidak boleh mengecuali­kan manamana negara.

“Tetapi semasa kebenaran itu diberikan, ia dibuat pada masa kerajaan lepas dan dasar baharu ini telah dibuat oleh kerajaan baharu...jadi, kita sebagai negeri dalam persekutua­n Malaysia perlu akur dengan keputusan negara kerana ini adalah satu keputusan dasar luar negara Malaysia jadi kita perlu akur,” katanya pada sidang media sejurus selepas itu, bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah yang turut bertanggun­gjawab ke atas temasya tersebut.

Karim menambah, keputusan IPC itu juga telah menyebabka­n kerugian kepada Sarawak, namun tidak mendedahka­n jumlahnya kerana persiapan sudah dibuat sejak tahun lepas, di mana negara-negara yang mengesahka­n penyertaan juga sudah beberapa kali berkunjung ke Sarawak termasuk para wartawan antarabang­sa untuk membuat persiapan.

“Kejohanan ini adalah acara antarabang­sa di mana Malaysia adalah hos dan mempunyai pendirian dari sudut menyekat atlet Israel manakala Sarawak hanyalah tempat bertanding sahaja. ”

 ?? ‘Experience Sarawak’ ?? ABANG JOHARI (tengah) bersama isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kanan), Karim (dua kiri), Fatimah (dua kanan) serta tetamu kehormat lain menunjukka­n antara makanan tradisi Sarawak yang dipamerkan sempena di Kopi O’ Corner.
‘Experience Sarawak’ ABANG JOHARI (tengah) bersama isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kanan), Karim (dua kiri), Fatimah (dua kanan) serta tetamu kehormat lain menunjukka­n antara makanan tradisi Sarawak yang dipamerkan sempena di Kopi O’ Corner.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia