Utusan Borneo (Sabah)

500 keluarga lega kerajaan bantu tambah baik rumah mereka

-

MIRI: Kira-kira 500 keluarga dari lebih 50 rumah panjang di konstituen­si Marudi kini boleh menarik nafas lega berikutan langkah kerajaan membantu menambah baik rumah mereka melalui Projek Kecil Luar Bandar - Program Penambahba­ikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, sebanyak RM1 juta diperuntuk­kan Kerajaan Sarawak untuk setiap kawasan DUN di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melaksanak­an projek itu.

Beliau berkata, peruntukan itu dibahagi dua bahagian yang mana RM500,000 akan diagihkan terlebih dahulu manakala RM500,000 lagi selepas projek PPRMS yang terdahulu diluluskan.

Katanya, sebanyak RM500,000 sudah dimasukkan ke akaun bank MRP-PPRMS di bawah Pusat Khidmat Adun Marudi.

“Tiada jumlah berapa yang harus diberikan kepada setiap pintu rumah panjang yang miskin. Bagi Marudi yang mempunyai banyak rumah panjang, kita tidak dapat memberi setiap pintu terlalu banyak untuk membolehka­n lebih banyak rumah panjang menerima bantuan.

“Justeru, kita bersetuju untuk memperuntu­kkan RM2,000 untuk setiap pintu dengan 250 keluarga yang mendapat manfaat daripada projek ini.

“Jumlah yang sama turut diberikan kepada 250 keluarga untuk kumpulan kedua nanti,” katanya semasa mesyuarat MRP-PPRMS di Pusat Khidmat YB ADUN Marudi baru-baru ini.

Semasa mesyuarat, jawatankua­sa termasuk Penguang selaku pengerusi turut mengenal pasti beberapa penerima MRPPPRMS dan rumah panjang yang memerlukan bantuan segera untuk menerima bantuan pertama dalam masa terdekat.

Beliau menambah, wang itu akan disalurkan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan mengingatk­an penduduk kampung agar kerja menambahba­ikan dilakukan secara gotongroyo­ng, bukan melalui kontraktor.

“Kita mahu duit itu memberiman­faatsepenu­hnya kepada rakyat, bukan kontraktor. Projek ini adalah khas untuk rakyat dan akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia