Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa diseru bekerjasam­a dengan sekolah, guru menerusi Program Ziarah Cakna

-

SIBU: Ibu bapa diseru bekerjasam­a dengan pihak sekolah dan guru menerusi ProgramZia­rahCaknaun­tuk menjamin kemenjadia­n pelajar.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sibu Radin Foji Radin Abdul Rahim berkata konteks program itu adalah menyeluruh kerana turut menyantuni ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cemerlang, selain yang bermasalah.

“Sebelum ini kita juga ada inisiatif yang serupa, tetapi lebih kepada murid yang bermasalah. Tetapi, kini ia lebih positif kerana kita mahu beri tanggapan lebih baik kepada ibu bapa bahawa kita benar-benar prihatin terhadap anak-anak mereka.

“Kita percaya, kerajaan mahu lebih ramai murid terlibat dengan program ini kerana itu sasarannya... dan kita juga mahu ibu bapa bersama dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Bahagian Sibu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Lima di sini, pada Isnin

Ditanya kekerapan program itu akan dijalankan, Foji berkata bahawa ia akan dijalankan jika terdapat keperluan.

Tambahnya, kecanggiha­n teknologi juga boleh membantu para guru menghubung­i ibu bapa murid melalu aplikasi pesanan ringkas jika terdapat kekangan untuk berjumpa secara bersemuka.

“Jikatidakd­apatberjum­pa, kita boleh menghubung­i ibu bapa murid dengan pesanan ringkas seperti WhatApps. Tetapi adalah lebih baik bersemuka dengan ibu bapa pelajar,” katanya.

 ??  ?? FOJI (tengah) melakukan simbolik pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Bahagian Sibu sambil diperhatik­an Roja (dua kiri) dan yang lain.
FOJI (tengah) melakukan simbolik pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Bahagian Sibu sambil diperhatik­an Roja (dua kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia