Utusan Borneo (Sabah)

Semangat profesiona­lisme pengamal media amat penting bendung penyebaran berita palsu

-

KUCHING: Semangat profesiona­lisme dalam kalangan pengamal media amat penting pada era kini bagi membendung penyebaran berita palsu yang mengundang malapetaka dalam masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata demikian ketika merasmikan Malam Media anjuran Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sebuah pusat hiburan di sini pada malam Ahad.

Jelas Dr Sim, dengan platform media sosial, rakyat daripada pelbagai latar belakang boleh menjadi ejen penyebaran berita tanpa semakan dan pengesahan ketepatan berita.

“Saya berharap majoriti rakyat boleh membuat penilaian sama ada berita yang disebarkan benar, palsu atau berunsur sabotaj,” katanya.

Sementara itu Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Cheng Guangzhong­yangmerupa­kan tetamu khas pada malam tersebut bersetuju bahawa peranan yang dimainkan oleh pemain media semakin penting.

“Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaa­n kepada semua pengamal media untuk membantu memperkuku­hkan hubungan antara China dan Sarawak,” kata Cheng.

Pada majlis itu, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee berkata, usaha dan peranan yang dimainkan industri media dalam mempromosi­kan aktiviti yang dianjurkan persatuan Cina diiktiraf dan dihargai.

Malam media itu katanya, adalah sebagai menghargai sokongan pengamal media dalam membantu mempromosi­kan aktiviti dan program anjuran persatuan Cina untuk masyarakat secara keseluruha­nnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang Lo Khere Chiang yang juga pengerusiM­ajlisPerba­ndaran Padawan (MPP) turut hadir pada majlis tersebut bersama pemimpin-pemimpin persatuan Cina yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia