Utusan Borneo (Sabah)

RM1b baiki sekolah di Sarawak harus ditunai

-

MIRI: Peruntukan RM1 bilion yang diumumkan kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk memperbaik­i sekolahsek­olah daif di Sarawak harus dihormati kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini kerana para pelajar negeri ini berhak menikmati kemudahan dalam pendidikan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak menuntut kerajaan pusat PH menghormat­i ikrar terhadap peruntukan RM1 bilion itu yang sepatutnya diagihkan kepada negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, peruntukan itu sudah diluluskan pada 2017 dan sudah ‘ada’, justeru kerajaan PH harus menghormat­i ikrar itu dan mengagihka­n peruntukan RM1 bilion kepada Sarawak demi pelajar sekolah yang memerlukan bantuan dan perhatian segera.

“Kita minta kepada kerajaan PH, pertama ialah untuk menghormat­i ikrar terhadap bajet yang sudah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini iaitu RM1 bilion, RM500 juta untuk tahun lalu dan RM500 juta lagi untuk tahun ini, diperlukan untuk memperbaik­i sekolah-sekolah daif di negeri ini,” ujar Manyin.

Sambil menyelar kenyataan PH sebelum ini, Manyin berkata isu sekolah daif bukan masalah yang baharu wujud pada Isnin, sebaliknya ia adalah masalah yang sudah lama berlaku dan dimaklumka­n kepada kerajaan pusat, yang akhirnya bersetuju memperuntu­kkanjumlah­tersebut bagi memperbaik­i sekolahsek­olah daif di kawasan luar bandar negeri ini, terutama 415 yang paling kritikal.

“Jumlah keseluruha­nnya ialah 1,020 sekolah usang di negeri ini, namun 415 paling kritikal terutama bangunan-bangunan sekolah yang sudah amat buruk hingga ada yang berbahaya dan tidak sesuai untuk digunakan oleh murid-murid.

“Malah Menteri Pendidikan sendiri pernah melihat, seolaholah tidak percaya. Oleh sebab itu, kita benar-benar merayu kepada kerajaan pusat agar membantu kita memperbaik­i sekolah-sekolah ini kerana pendidikan adalah di bawah tanggungja­wab kementeria­n di peringkat persekutua­n,” katanya.

Manyin berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di sini petang semala, selepas merasmikan Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Rendah Negeri Sarawak Siri 3/2019.

Menurut Manyin lagi, masalah itu berlaku (jumlah sekolah daif yang banyak) di negeri ini kerana kerajaan negeri terlalu menaruh kepercayaa­n kepada kerajaan pusat sebelum ini.

Kini, katanya kerajaan negeri menggesa supaya kerajaan yang baharu mengambil alih ini, melihat kepada masalah itu dari aspek pendidikan anak-anak dan membantu menyelesai­kan masalah yang timbul dengan memperbaik­i keadaan sekolah daif yang paling kritikal, terlebih dahulu.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu William Patrick Nyigor, Pegawai Pendidikan Bahagian Miri Shirini Mastura Mohd Zulkifli yang mewakili pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Ketua Jabatan Kurikulum dan Kokurikulu­m Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak Hairolhamz­i Bahroddin yang mewakili pengarahny­a.

 ??  ?? MANYIN (dua kiri) pada sidang media di Miri. Turut hadir Shirini (kiri), William (dua kanan) dan Hairolhamz­i.
MANYIN (dua kiri) pada sidang media di Miri. Turut hadir Shirini (kiri), William (dua kanan) dan Hairolhamz­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia