Utusan Borneo (Sabah)

Brunei,Sabah lunas saman

-

LIMBANG: Pengguna dari Brunei dan Sabah antara 1,500 orang datang melunaskan saman pada Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Pengkuatku­asaan Trafik (JSPT) Limbang berlangsun­g dua hari pada 26 dan 27 Januari lalu.

Wakil Ketua Polis Daerah Limbang ASP Khairul Ridzuan Ahmad berkata, 1,734 saman dibayar dengan kutipan sejumlah RM175,370 sepanjang tempoh itu.

Ketua Bahagian Ketenteram­an Awam Daerah Limbang itu berkata, jumlah itu menunjukka­n kesedaran tinggi bukan sahaja pengguna jalan di sini malah dari Sabah dan Brunei.

“Hari Bersama Pelanggan JSPT Limbang mendapat sambutan menggalakk­an apabila sebanyak 1,734 saman dengan kutipan RM175,370 sepanjang program itu,” katanya di sini pada Isnin.

Turut sama Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang Inspektor Ejan Abu.

Khairul berkata, seramai 40 anggota pelbagai bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang bertugas pada program itu.

“Daripada jumlah itu seramai 25 anggota trafik, IPD Limbang dibantu anggota trafik dari Lawas, Miri dan sekitarnya turut sama menjayakan program itu,” katanya.

Selain Hari Bersama Pelanggan turut diadakan Community Policing dengan aktiviti pameran dan cegah jenayah serta program menderma darah.

Program itu diadakan sempena Sambutan Hari Polis Ke-212 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia