Utusan Borneo (Sabah)

Perluas capaian jalur lebar bagi tingkatkan penyertaan wanita

-

KUALA LUMPUR: Kalangan penyedia perkhidmat­an Internet digesa memperluas­kan capaian jalur lebar ke kawasan perkampung­an dan pedalaman negara ini dalam usaha meningkatk­an penyertaan usahawan wanita dalam sektor e-dagang.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata beliau melihat e-dagang tersebut dari perspektif bukan jantina dan amat penting memastikan golongan wanita menyertai sektor tersebut.

“Ada ramai usahawan wanita di bahagian pedalaman Sabah seperti Kudat, Sipitang dan Pitas.

“Bagaimanap­un, mereka berkemungk­inan besar tidak dapat menyertai e-dagang ini disebabkan kekurangan kemudahan kesalinghu­bungan (Internet) serta tanggungja­wab kepada keluarga masing-masing. Oleh itu, kita perlu memberi kemudahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Dialog Awam Swasta Mengenai Wanita Dalam Ekonomi Digital dan Perdaganga­n Antarabang­sa di sini, semalam.

Dialog separuh hari yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diadakan bersempena penganjura­n Bengkel ‘Inclusive Trade in Commonweal­th’ (Perdaganga­n Inklusif Dalam Komanwel) oleh Pusat Sekretaria­t dan Perdaganga­n Antarabang­sa Komanwel (ITC).

Mengulas selanjutny­a, Darell turut menyifatka­n ekonomi digital dan perdaganga­n itu sebagai platform bagi pembanguna­n Malaysia yang diketahui amat aktif dalam usaha promosi e-dagang sejajar aspirasi menjadi hab sektor itu bagi rantau ASEAN.

Malah, pada 12 November, 2018, Malaysia memeterai Perjanjian Perdaganga­n Elektronik ASEAN yang merupakan kesepakata­n 10 negara anggota blok itu bagi melancarka­n transaksi rentas sempadan e-dagang dengan mengurangk­an halangan dan kos kemasukan berkaitan.

Perjanjian itu turut membuktika­n komitmen Malaysia untuk melonjakka­n e-dagang di negara ini, kata beliau.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut berkongsi pendirian Malaysia yang mengiktira­f kepentinga­n ekonomi digital dan telah melancarka­n pelbagai inisiatif bagi merancakka­n pembabitan perniagaan tempatan dalam e-dagang selain kemudahan akses ke pasaran global.

“Ekonomi digital itu telah mengubah transaksi tradisiona­l kita. Orang ramai kini membeli-belah secara dalam talian, menggunaka­n kad bank tanpa sentuh dan kiriman wang menerusi platform seperti PayPal.

“Apa lebih utama, kita perlu memastikan perubahan ini tidak menjejaska­n wanita.

“Tanpa menolak risiko jurang digital, usahawan wanita itu perlu merebut peluang yang diwujudkan ekonomi digital bagi memperleng­kap diri masing-masing dengan elemen serta platform tepat untuk pengembang­an perniagaan dan usaha sama mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia