Utusan Borneo (Sabah)

Kastam optimis kutipan SST 2019 melebihi RM22 bilion

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia optimis kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada tahun ini akan mengatasi sasaran RM22 bilion.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata ini berdasarka­n perluasan perkhidmat­an yang tertakluk kepada SST merangkumi operasi taman hiburan, sekuriti, broker dan penaja jaminan, pembekal perkhidmat­an pembersiha­n bangunan komersial dan industri serta latihan dan bimbingan.

“Kita akan dapat mengatasi sasaran ini dengan mudah dan mengutip lebih daripada RM22 bilion,” katanya kepada pemberita pada seminar ‘Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an – Perkembang­an Terkini dan Isu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST)’ di sini kelmarin.

Subromania­m berkata perluasan perkhidmat­an yang tertakluk kepada SST, bermula 1 Mac, dijangka memperoleh sekurang-kurangnya 10,000 pendaftara­n baharu.

“Kelab malam yang tidak berdaftar, dewan tarian, kabaret, pusat kesihatan dan kesejahter­aan, rumah urut, pub dan kedai arak juga akan tertakluk kepada SST. Ini untuk berlaku adil kepada perniagaan yang berdaftar dan membayar SST,” katanya.

Sementara itu, Subromania­m berkata pengecuali­an ke atas kapal marin mahal seperti kapal persiaran, bot persiaran, feri dan kapal kargo disebabkan ia dianggap sebagai pelaburan.

Barangan mahal lain yang dikecualik­an daripada cukai adalah kapal tongkang, kapal penumpang dan kapal pengangkut­an barangan, kapal nelayan, ‘factory ship’ dan kapal lain yang digunakan untuk memproses atau mengawet produk ikan.

Beliau berkata dari perspektif dasar cukai, barangan pelaburan tidak boleh dikenakan cukai kerana ia tidak akan memberi manfaat kepada perniagaan di negara ini.

“Jika kita mengenakan cukai ke atas barangan pelaburan, rakyat boleh membeli dari negara lain seperti Singapura dan Hong Kong, apabila tiada cukai ke atas barangan ini dan kapalkapal ini boleh digunakan di Malaysia. Ini tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa,” katanya.

Subromania­m berkata cukai ke atas barangan mahal yang dianggap sebagai barangan pelaburan akan turut menjejaska­n perniagaan tempatan berikutan langkah itu akan menyebabka­n mereka kehilangan pelanggan. — Bernama

 ??  ?? SUBROMANIA­M (tengah) semasa sidang media mengenai ‘Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an – Perkembang­an Terkini dan Isu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST)’ di Petaling Jaya, kelmarin. Turut hadir Pengarah Eksekutif Cukai Tidak Langsung KPMG Ng Sue Lynn (kiri) dan Penasihat Perkhidmat­an Cukai Tidak Langsung KPMG Datuk Tan Sim Kiat. — Gambar Bernama
SUBROMANIA­M (tengah) semasa sidang media mengenai ‘Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an – Perkembang­an Terkini dan Isu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST)’ di Petaling Jaya, kelmarin. Turut hadir Pengarah Eksekutif Cukai Tidak Langsung KPMG Ng Sue Lynn (kiri) dan Penasihat Perkhidmat­an Cukai Tidak Langsung KPMG Datuk Tan Sim Kiat. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia