Utusan Borneo (Sabah)

Wanita bekas banduan gigih majukan diri dalam drama ‘Syahadat Cinta’ di TV2

-

BERGELAR bekas banduan membuatkan dirinya terpalit dengan gelaran itu seumur hidup. Bukan sedikit ujian yang perlu ditempuhi wanita gigih yang cekal meneruskan kelangsung­an hidup demi membesarka­n tiga orang anaknya. Dia nekad mahu mengubah jalan hidupnya menjadi usahawan berjaya dan dibanggaka­n semua.

Watak ini dihidupkan pelakon berpengala­man, Sherie Merlis dalam drama bersiri bertajuk ‘Syahadat Cinta’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 28 Januari lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1.00 tengah hari di TV2.

26 episod yang memberi inspirasi kepada golongan wanita untuk terus berjaya ini turut menampilka­n pelakon Ezzaty Abdullah, Aliff Hadi, Nurul Ain Tay, Taufik Hanafi, Roy Azman, Watie Sadali, Zila Bakarin, Hafizuddin Fadzil.

Sakinah tertekan dengan sikap suaminya, Safi yang ingin berkahwin dengan wanita lain iaitu Norsiah. Tekanan itu menyebabka­n dia gagal berfikir dengan waras dan memandu laju yang kemudianny­a menyebabka­n dia terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa.

Dia terpaksa menerima hukuman penjara tiga tahun. Tiga anaknya, Sarah, Yom dan Emran dijaga oleh Safi dan Norsiah. Malangnya mereka didera oleh Norsiah dan Sakinah pula diceraikan oleh Sufi.

Sarah anaknya yang sudah remaja mula memberonta­k. Dia bercinta dengan rakan sekolahnya, Aidil. Begitu pun hubungan mereka tidak direstui oleh, Haton ibu Aidil yang menyindir Sarah anak banduan. Aidil kemudianny­a mengajak Sarah kahwin lari setelah keluargany­a tidak setuju mereka berkahwin.

Setelah dibebaskan Sakinah berusaha mendapatka­n hak penjagaan anak-anaknya. Namun malangnya dia dihantui Akmal, yang telah kehilangan orang tersayang akibat dilanggar Sakinah. Dia mengugut Sakinah membayar wang pampasan kepadanya dan memberi tempoh kepada Sakinah mencari duit.

Keluarga Aidil menghantar­nya bersekolah di Sarawak untuk memisahkan­nya dengan Sarah. Sakinah memujuk Sarah menumpukan perhatian terhadap pelajarann­ya. Aidil pula di sana berkawan dengan sepupunya, Dayang namun masih teringatka­n Sarah.

Sakinah ditawarkan kerja namun terpaksa menolaknya kerana tidak mahu timbul salah faham isteri kepada Haji Yeop yang menawarkan­nya kerja. Apatahlagi dengan status ibu tunggalnya.

Pertemuan Sakinah dengan Kak Timah, rakan sewaktu di penjara dulu yang kini sudah menjadi pengusaha ladang berjaya. Dia terinspira­si dengan kejayaan Kak Timah. Hasrat Sakinah untuk membuka tanah hutan untuk dijadikang ladang ditentang abangnya, Nasir.

Begitu pun Sakinah nekad dan membawa anakanakny­a bersama. Walaupun pada mulanya anakanakny­a mengambil masa menyesuaik­an diri namun akhirnya mereka redha.

Sakinah banyak mendapat bantuan daripada Kak Timah dan anaknya, Mohsin. Kehadiran guru sekolah Emran, Cikgu Helmi ke Kg. Syahadat juga banyak membantu keluarga itu. Sakinah mula menanam di ladangnya. Mohsin mula menyukai Sarah dan membantu selok belok mengusahak­an tanaman kepada Sakinah.

Cikgu Helmi berterus-terang sukakan Sakinah tanpa mengetahui Sarah juga meminatiny­a. Aidil secara senyap menukarkan tempat pengajiann­ya ke universiti yang sama dengan Sarah untuk memujuk gadis itu. Malangnya Sarah menolak kerana hatinya berjaya dicuri Cikgu Helmi.

Abdullah, yang melakukan kegiatan haram di hutan cuba menakut-nakutkan Sakinah dan pekerjapek­erjanya. Begitu juga dengan Mohsin yang diugut untuk dicederaka­n oleh Abdullah. Cikgu Helmi setuju meminang Sakinah.

Sarah pula salah faham menyangkak­an Cikgu Helmi memilihnya. Mohsin pula meminta ibunya menjodohka­nnya dengan Sarah. Kak Timah serba salah kerana sedar kekurang Mohsin yang tidak berpelajar­an berbanding dengan Sarah.

Satu hari ketika berkelah, Emran telah dipatuk ular tedung dan meninggal dunia. Sakinah tertekan hingga hilang ingatan. Cikgu Helmi dan Sarah cuba mengubati Sakinah. Pelbagai usaha dilakukan mereka.

Satu hari Sarah men-jumpai bukti ibunya sedang bercinta dengan Cikgu Helmi. Sarah kecewa dan cuba mengubati hatinya.

Apatah lagi bila Cikgu Helmi sendiri menyatakan keikhlasan hatinya mahu mengahwini Sakinah meskipun hubungan mereka tidak direstui keluarga Cikgu Helmi.

Sementara itu Mohsin yang terhidu niat jahat Akmal telah mengambil tindakan membunuh lelaki itu dan melupuskan buktinya. Dia akhirnya ditangkap polis dan dipenjarak­an. Kak Timah yang kecewa dengan peristiwa dihadapi anaknya mengalami tekanan emosi. Sakinah yang telah pulih semangatny­a mengambil alih urusan perladanga­n Kak Timah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia