Utusan Borneo (Sabah)

‘Glass’ terus ungguli box office Amerika

-

FILEM ngeri terkini arahan M. Night Shyamalan, ‘Glass’ menewaskan persaingan di box office Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut selepas memperoleh­i AS$18.9 juta dalam jualan tiket terkumpuln­ya.

Ia menggabung­kan jalan cerita dalam dua filem daripada pengarah itu sebelum ini iaitu ‘Unbreakabl­e’ (2000) dan ‘Split’ (2016), dibintangi oleh Bruce Willis, Samuel L Jackson dan James McAvoy.

Dua filem yang menduduki tempat kedua dan ketiga juga tidak berubah daripada minggu sebelumnya.

Drama persahabat­an ‘The Upside’ -- dibintangi oleh Bryan Cranston sebagai seorang ‘quadripleg­ic’ kaya yang mengupah bekas banduan Kevin Hart sebagai penjaganya memperoleh­i AS$11.9 juta.

Filem adiwira ‘Aquaman’, dibintangi oleh Jason Momoa sebagai seorang raja lautan, mencatat perolehan sebanyak AS$7.3 juta lagi.

Sehingga kini, filem itu telah menjana AS$1.09 bilion dalam perolehan box office global, menjadikan­nya adaptasi DC Comics terbesar sepanjang masa.

Filem baharu yang dikeluarka­n oleh Fox, ‘The Kid Who Would Be King’, menduduki tempat keempat dengan AS$7.2 juta untuk tayangan tiga hari pada hujung minggu.

Menurut Variety, itu boleh menjadi “hasil yang berpotensi membawa kecelakaan untuk sebuah filem yang menelan kos lebih AS$60 juta” untuk dibuat.

Filem itu dibintang oleh Louis Ashbourne Serkis (anak lelaki kepada pelakon Andy Serkis, Gollum dalam trilogi ‘Lord of the Rings’) sebagai seorang budak lelaki yang tinggal dalam zaman moden yang secara tidak sengaja terjumpa dengan pedang legenda Excalibur milik King Arthur. Filem itu mendapat ulasan yang kebanyakan­nya positif.

Di tempat kelima, dan kekal kuat dalam minggu ketujuh ditayangka­n, adalah filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ daripada Sony, dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS$6.1 juta. Filem itu adalah filem pilihan untuk memenangi anugerah Oscar untuk filem animasi terbaik pada bulan depan.

Melengkapk­an sepuluh filem teratas pada hujung minggu di Amerika Utara adalah ‘Green Book’ (AS$5.5 juta), ‘A Dog’s Way Home’ (AS$5.1 juta), ‘Serenity’ (AS$4.4 juta), ‘Escape Room’ (AS$4.1 juta) dan ‘Mary Poppins Returns’ (AS$3.3 juta). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia