Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan ribu ikan mati akibat kemarau di Australia

-

SYDNEY: Ratusan ribu ikan mati di Australia yang dilanda kemarau sejak beberapa hari lalu dan lebih banyak kematian besarbesar­an dijangka akan berlaku, pihak berkuasa memberi amaran semalam.

Penduduk tempatan di sekitar Sungai Darling menyaksika­n lautan putih apabila bangkai ikan meliputi permukaan air dekat bandar pedalaman tenggara Menindee.

Hanya beberapa minggu selepas sebanyak sejuta ikan mati, saintis yang mengaitkan­nya dengan tahap air dan oksigen rendah dan mungkin alga toksik, satu lagi kematian besar-besaran berlaku di wilayah penanaman makanan yang penting itu.

Pemerika dari Jabatan Industri Utama New South Wales telah melawat tempat kejadian dan berkata mereka mendapati ratusan ribu ikan sudah mati.

“Kematian ikan selanjutny­a di Sungai Darling dijangkaka­n kerana jumlah ikan yang signifikan telah diperhatik­an mengalami tekanan,” jabatan itu menyebut dalam satu kenyataan.

Sungai Darling merupakan sebahagian daripada sistem Sungai Murray-Darling sepanjang ribuan kilometer yang merentasi beberapa buah negeri.

Dengan suhu yang dijangka akan naik dan tiada hujan diramalkan, risiko adalah tinggi bagi lebih banyak ikan yang mati dalam masa beberapa hari dan minggu akan datang, kata pegawai.

Sementara kerajaan persekutua­n mengaitkan kematian itu dengan kemarau yang teruk, pakar dan penduduk tempatan pula berkata ia berpunca daripada pencemaran dan penguranga­n sungai yang sistemik.

Pemeriksa menambah kematian terbaharu kemungkina­n ada kaitan dengan tahap oksigen larut yang amat rendah disebabkan oleh penurunan suhu yang mendadak selepas tempoh cuaca panas yang berlanjuta­n.

Menteri Air Wilayah New South Wales, Niall Blair, yang melawat Menindee semalam, memberitah­u badan penyiaran kebangsaan ABC bahawa kerajaanny­a tidak ada pilihan lagi, dan memasang alat pengudaraa­n di sungai hanyalah penyelesai­an sementara.

“Ia bukan kes tidak dapat berbelanja bagi sesuatu, cuma alternatif lain tidak ada ditawarkan oleh sesiapa,” kata Blair.

“Satu-satunya perkara yang benar-benar akan mengubah keadaan ini buat masa ini adalah air tawar yang datang menerusi sistem dan kemungkina­n itu tidak ada buat masa sekarang.”

Wilayah pedalaman timur Australia telah mengalami kemarau berpanjang­an, dengan gelombang bahang ekstrim sejak beberapa minggu lalu yang memburukka­n lagi keadaan.

Ketibaan lewat musim tengkujuh di utara Australia turut menyumbang kepada gelombang bahang di beberapa wilayah.

Musim basah akhirnya bermula pada pertengaha­n Januari, dan banjir yang memecah rekod melanda bahagian tropika di utara benua yang besar dan luas itu, menyebabka­n masyarakat dan petani terputus hubungan sejak beberapa hari lalu.

Paras Sungai Daintree yang penting di Queensland naik kepada 12.60 meter, paras yang tidak pernah kelihatan sejak seabad lalu – pada hujung minggu lepas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan yang dirakam Robert Gregory semalam menunjukka­n bangkai ikan terapung di Sungai Darling, Menindee.
— Gambar AFP GAMBAR serahan yang dirakam Robert Gregory semalam menunjukka­n bangkai ikan terapung di Sungai Darling, Menindee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia