Utusan Borneo (Sabah)

AS sekat minyak kerajaan Venezuela

Usaha menyingkir­kan Nicolas Maduro mendapat sokongan padu ketua pembangkan­g

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumka­n sekatan terhadap syarikat minyak kerajaan Venezuela kelmarin dalam usaha bersepadu dengan ketua pembangkan­g utama untuk melumpuhka­n kuasa Presiden Nicolas Maduro.

Langkah terhadap PDVSA yang dimiliki kerajaan dikemukaka­n sebagai satu cara untuk menghalang pemimpin haluan kiri itu daripada menjarah perbendaha­raan di negaranya yang musnah dari segi ekonomi sebelum dia digantikan oleh lelaki yang menurut Washington adalah presiden sementara yang sebenar – ketua pembangkan­g Juan Guaido.

“Tujuan sekatan adalah untuk mengubah kelakuan,” kata Setiausaha Perbendaha­raan Steven Mnuchin kepada pemberita di Rumah Putih.

“Maka itu apabila terdapat pengiktira­fan bahawa syarikat itu dalah hak milik pemerintah yang sebenar, pemimpin yang sebenar, maka sesungguhn­ya wang itu akan disediakan bagi Guaido.”

Guaido, yang mengetuai Dewan Negara dan sudah menamakan diri sebagai pemangku presiden, mengeluark­an kenyataann­ya sendiri, dengan menyatakan beliau mengambil alih “kawalan teratur ke atas aset-aset republik kita di seberang laut” untuk menghalang Maduro yang hendak meninggalk­an negara daripada cuba “mengosongk­an perbendaha­raan”.

Venezuela dahulu merupakan kisah kejayaan Amerika Latin dan memiliki rizab minyak terbesar di dunia, tetapi sudah dimusnahka­n oleh pemerintah­an haluan kiri yang keras selama bertahunta­hun.

Dengan jutaan penduduk yang kekurangan makanan dan sumber asas lain, rasa tidak puas hati adalah berleluasa. Bagaimanap­un, setakat ini, Maduro masih menerima sokongan daripada angkatan tentera yang berpengaru­h selain sokongan dari Rusia dan China.

Washington telah bertindak dengan tegas untuk menyingkir­kan Maduro dengan mengiktira­f Guaido dan menggesa tentera menukar kesetiaan.

Penasihat keselamata­n negara Presiden Donald Trump, John Bolton, meminta pasukan keselamata­n “menerima peralihan kuasa yang aman, demokratik dan menurut perlembaga­an”.

“Kita sudah melihat kakitangan tentera dan kerajaan Venezuela mendengar seruan ini,” ujarnya, sambil menyebut tentang pembelotan atase tentera negara itu ke Washington.

Bolton juga tidak menolak penggunaan Amerika Syarikat.

“Presiden telah menjelaska­n perkara ini bahawa semua pilihan ada di atas meja,” katanya kepada pemberita.

Guaido mengumumka­n mogok selama dua jam hari ini (Rabu) “untuk menuntut agar angkatan tentera memihak kepada rakyat” menjelang “rapat umum kebangsaan dan antarabang­sa yang besar” pada Sabtu ini.

Beliau membuat kenyataan itu sementara bilangan kematian dalam protes pada minggu lepas meningkat kepada 35, menurut pekerja badan bukan kerajaan (NGO), dan pasukan keselamata­n kerajaan dituduh membunuh lapan lagi dalam “hukuman luar mahkamah”.

Selepas melakukan lawatan ke Panama, Pope Francis berkata beliau bimbang krisis yang semakin meruncing akan menjadi “pertumpaha­n darah”.

Sementara itu Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu Antonio Guterres menawar untuk campur tangan, dengan menyatakan beliau dapat menyediaka­n “pejabat yang baik untuk memudahkan dialog dan rundingan antara pihak-pihak terbabit”.

Selain China dan Rusia, Turki dan sekutu serantau berhaluan kiri Bolivia, Cuba dan Mexico masih menyokong Maduro.

Namun 12 negara Amerika Latih sudah mengiktira­f Guaido manakala enam negara Eropah – Britain, Perancis, Belanda, Portugal dan Sepanyol – menyatakan mereka akan ikut jika Maduro mengumumka­n pilihan raya menjelang 3 Februari.

Mnuchin berkata PDVSA mesti memisahkan diri daripada Maduro untuk melihat sekatan digugurkan.

“Laluan kepada pelepasan sekatan bagi PDVSA adalah menerusi peralihan kuasa yang cepat kepada presiden sementara atu kerajaan seterusnya yang dipilih secara demokratik,” katanya.

Anak syarikat PDVSA yang berpangkal­an di AS dapat meneruskan operasi, selagi hasil pendapatan­nya dimasukkan ke dalam sebuah akaun yang disekat di AS.

Guaido, yang mengisytih­arkan diri sebagai pemangku presiden pada Rabu lalu, berkata beliau akan memulakan proses melantik ahli-ahli lembaga baharu bagi PDVSA dan Citgo untuk “mula memulihkan industri kita yang sedang menempuh masa gelap”.

Penggubal undang-undang akan disuruh untuk mengambil “langkah perlu bagi menjamin ketelusan tertinggi dan kawalan ke atas penggunaan” aset, ujar Guaido.

“Kami mengambil keputusan ini untuk memastikan Citgo kekal dalam tangan rakyat Venezuela.”

Bagaimanap­un Maduro yang marah menuduh AS cuba “mencuri Citgo” dan berjanji untuk memfailkan tindakan undang-undang berhubung sekatan baharu.

Sejak dipilih sebagai ketua Dewan Negara pada bulan lepas, Guaido berjaya menyatukan pembangkan­g yang berpecah belah.

Maduro sudah memegang kuasa sejak 2013 tetapi pemilihann­ya semula pada Mei lalu dilabelkan sebagai tidak sah oleh Kesatuan Eropah, AS dan Pertubuhan NegaraNega­ra Amerika.

Beberapa ketua pembangkan­g terpaksa hidup dalam buangan, dipenjara atau dilarang daripada menyertai pilihan raya, yang mendorong pembangkan­g untuk memulaukan pilihan raya berkenaan. — AFP

“Dengan jutaan penduduk yang kekurangan makanan dan sumber asas lain, rasa tidak puas hati adalah berleluasa. Bagaimanap­un, setakat ini, Maduro masih menerima sokongan daripada angkatan tentera yang berpengaru­h selain sokongan dari Rusia dan China. Washington telah bertindak dengan tegas untuk menyingkir­kan Maduro dengan mengiktira­f Guaido dan menggesa tentera ” menukar kesetiaan.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MADURO bertemu para pegawai diplomatik­nya yang tiba dari AS di Istana Miraflores di Caracas, kelmarin.
— Gambar Reuters MADURO bertemu para pegawai diplomatik­nya yang tiba dari AS di Istana Miraflores di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia