Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Kuning muncul johan

Kejohanan Olahraga SKK SK Rancha-Rancha 2019

- ANNIS dan Mikhail (tengah), olahragawa­ti dan olahragawa­n 2019 bergambar kenangan bersama Zaliha (kiri), Norinnie, Rashid dan Awg Zin (kanan).

LABUAN: Sekolah Kebangsaan RanchaRanc­ha (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan) telah mengadakan Kejohanan SukanTahun­andiKomple­ks Sukan, WP Labuan pada Ahad lalu.

Majlis dimulai dengan acara balapandim­anasebanya­klima jenis acara balapan peringkat akhir telah dipertandi­ngkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, tahap 1 dan PPKI.

Acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru bagi murid tahap 2 kategori lelaki dan perempauan telah diadakan pada 23 Januari 2019 di padang sekolah.

Sejurus acara balapan bermula, pengurus pasukan bersama peserta rumah sukan masing-masing bersemanga­t mengejar mata dan bersaing sihat merebut pingat yang dipertandi­ngkan.

Program itu diteruskan dengan acara yang ditunggutu­nggu iaitu perbarisan. Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh Rumah Sukan Kuning, diikuti Rumah Merah dan seterusnya Rumah Biru.

Pertanding­an perbarisan yang menarik perhatian para hadirin dengan pelbagai maskot dari setiap rumah sukan.

Seterusnya, semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing dan bersedia untuk bacaan doa oleh Ustaz Muhd Nor Azwan Yunus.

Tertib acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK RanchaRanc­ha Norinnie Kassim.

Majlis diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaika­n oleh Ketua Unit Sukan, Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Negeri Labuan Awg Zin Awg Anak yang seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2019.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Angkat Sekolah Zaliha Mohd Salleh yang juga merupakan Pegawai Meja PIBK, JPN Labuan dan Yang Dipertua PIBG SK Rancha-Rancha Mohd Rasid Jaludin.

Kejohanan Olahraga kali ini dijuarai oleh pasukan Rumah Kuning yang memungut 10 emas 7 perak dan 11 gangsa, naib johan pasukan Rumah Merah meraih 9 emas, 10 perak dan 8 gangsa dan tempat ketiga adalah pasukan Rumah Biru dengan 7 emas, 9 perak dan 7 gangsa.

Bagi acara perbarisan pula, johan dimenangi Rumah Merah, naib johan Rumah Biru dan tempat ketiga Rumah Kuning.

Atlet Rumah Biru Awang Mikhail Shariff Kamel Shariff dinobatkan sebagai Olahragawa­n selepas memperoleh 2 emas melalui acara individu iaitu 100 meter dan 400 meter, 2 perak melalui acara lompat tinggi dan 4x200 meter serta satu gangsa melalui acara 4x100 meter.

Anugerah Olahragawa­ti pula disandang atlet Rumah Kuning Annis Shakilah Rahman yang mendapat 2 emas melalui acara individu iaitu lompat jauh dan 200 meter, dua perak melalui acara 100 meter dan 4x100 meter serta satu gangsa melalui acara 4x100 meter.

Norinnie Kassim mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang menjayakan kejohanan tersebut pada tahun ini.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua ibu bapa menerusi PIBG yang sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan sukan tahunan SKRR,”katanya.

 ??  ?? PASUKAN Rumah Kuning juara keseluruha­n pada temasya sukan kali ini.
PASUKAN Rumah Kuning juara keseluruha­n pada temasya sukan kali ini.
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Rumah Merah juara pertanding­an perbarisan.
PASUKAN Rumah Merah juara pertanding­an perbarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia