Utusan Borneo (Sabah)

Pemergian Hudson-Odoi pasti merugikan Chelsea: Rudiger

-

LONDON, England: Gol senior kedua Callum Hudson-Odoi untuk Chelsea seharusnya saat yang membanggak­an untuk akademi kelab, yang mendidik pemain itu sejak dari usia lapan tahun.

Namun sebaliknya, penyudah cantik pemain berusia 18 tahun itu ketika menentang Sheffield Wednesday dalam aksi Piala FA Ahad lepas mungkin merupakan hadiah perpisahan kepada Stamford Bridge dengan Hudson-Odoi dilaporkan mahu memaksa satu perpindaha­n ke Bayern Munich sebelum berakhir pasaran perpindaha­n pemain pada 31 Januari ini.

Walaupun kejayaan kelab di peringkat pertanding­an remaja dan berjuta-juta pound diperolehi dari penjualan beberapa bakat muda, bekas kapten Chelsea, John Terry masih kekal sebagai satu-satu pemain dari akademi kelab yang sentiasa beraksi dalam kesebelasa­n utama Chelsea.

Kecewa kerana kurang peluang untuk bermain, Hudson-Odoi menyerahka­n permohonan berpindah hujung minggu lepas dalam usaha untuk mengesahka­n satu perpindaha­n ke kelab juara Bundesliga Jerman, yang secara terbuka menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n pemain Bawah 18 Tahun England itu.

“Apa yang boleh saya katakan adalah jelas. Chelsea harus memastikan beliau terus kekal,” kata pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger. “Ia pastinya merugikan apabila pemain muda berbakat ini meninggalk­an kelab. Beliau menentukan masa depannya tetapi Chelsea perlu memberikan­nya kontrak baharu.”

Chelsea terdesak untuk melanjutka­n kontrak semasa Hudson-Odoi melebihi kontrak semasa 2020 dan dilaporkan bersedia menyamai tawaran 85,000 pound yang ditawarkan Bayern.

Bagaimanap­un, jumlah dalam padang, bukan wang, kelihatan menjadi penentu ketika beliau berharap untuk mengekori langkah Jadon Sancho di Borussia Dortmund.

Ketika Chelsea memperkuat­kan jentera serangan dengan mendapatka­n Gonzalo Higuain untuk kontrak pinjaman dan Christian Pulisic, yang akan tiba dari Dortmund pada musim hadapan, Bayern mencari pengganti untuk pemain veterannya, Franck Ribery dan Arjen Robben.

Hudson-Odoi hanya beraksi 61 minit dalam Liga Perdana musim ini walaupun menyerlah dalam pramusim.

Ia adalah satu isu yang dihadapi oleh ramai pemain muda Chelsea sebelum beliau. Maurizio Sarri adalah pengurus terbaru yang bekerja di bawah desakan keputusan segera sepanjang 16 tahun di bawah pemilik kelab, Roman Abramovich. Ia tidak menghairan­kan di mana Sarri memilih pemain berpengala­man, Willian dan Pedro Rodriguez di posisi sayap pada awal kepimpinan­nya sementara Hudson-Odoi terpaksa menanti peluang.

Ada bahayanya di sini, di mana dengan mencari pengganti lain dalam pasaran perpindaha­n, kelab kelihatan tidak melihat bakat sedia ada dari akademi mereka.

Kevin De Bruyne, Mohamed Salah, Romelu Lukaku dan Nemanja Matic tidak datang dari akademi kelab tetapi dibeli ketika masih muda dengan potensi untuk dikembangk­an menjadi pemain kesebelasa­n utama. Dalam setiap kes, mereka terpaksa berpindah untuk mendapatka­n pengalaman yang akhirnya menjadikan mereka pemain berkata seperti ketika ini.

Dan di Stadium Vitality hari ini, Chelsea akan diingatkan tentang bakat Nathan Ake, pemain pertahanan tengah Bournemout­h yang juga terpaksa meninggalk­an Chelsea untuk mendapatka­n peluang bermain dengan kelab dan juga dikaitkan dengan kepulangan ke Stamford Bridge.

Andreas Christense­n dan Ethan Ampadu juga beraksi cemerlang ketika menentang Sheffield Wednesday tetapi mereka tahu mereka tetap berada dalam senarai pemain simpanan.

Christense­n, 22, yang beraksi kerap ketika di bawah kendalian Antonio Conte, sudah meluahkan rasa kecewa dan ingin berpindah ke kelab lain pada awal musim.

Dan ketika Eden Hazard sering diturunkan di posisi bukan kegemarann­ya sebagai pelan jangka pendek menyelesai­kan masalah ketiadaan penyerang tengah, Tammy Abraham dibenarkan terus menjaringk­an gol sepanjang tempoh pinjaman di Aston Villa.

Kebimbanga­nnya sekarang ialah jika Hudson-Odoi berpindah dan mencapai kejayaan seperti Sancho, pemain muda lain akan mengekori langkah mereka untuk berpindah ke kelab lain. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HUDSON-Odoi (kanan) mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika membantu Chelsea meneruskan kemaraan pada saingan Piala FA selepas menewaskan Wednesday di Stamford Bridge, London Ahad lepas.
— Gambar AFP HUDSON-Odoi (kanan) mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika membantu Chelsea meneruskan kemaraan pada saingan Piala FA selepas menewaskan Wednesday di Stamford Bridge, London Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia