Utusan Borneo (Sabah)

Pelaburan besar Liverpool berbaloi

-

LIVERPOOL,England:Liverpool akan berusaha untuk memastikan cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini bukan satu kebetulan ketika mereka membina asas untuk kesinambun­gan kejayaan selepas bertahun-tahun bergelut mengekalka­n cabaran.

Sepanjang 20 bulan berusaha mencabar skuad Manchester United yang dibarisi Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney pada akhir musim 2008/2009, tunjang utama yang dibina oleh Rafael Benitez telah ‘roboh’ oleh perpindaha­n Xabi Alonso, Javier Mascherano dan Fernando Torres.

Lima tahun yang lalu, selepas gol Luis Suarez membawa Liverpool hampir muncul juara, penyerang antarabang­sa Uruguay itu pula berpindah ke Barcelona pada akhir musim.

Dan setahun yang lalu, Philippe Coutinho memaksa satu perpindaha­n ke Barcelona untuk menyertai Suarez.

Setelah menerima 142 juta pound yuran perpindaha­n dari penjualan Coutinho, Liverpool membeli penjaga gol Alisson Becker dan pertahanan kental, Virgil Van Dijk. Sekarang mereka melabur dengan besar untuk mengekalka­n skuad yang telah mereka kumpulkan.

Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane disertai dua pemain pertahanan berbakat besar, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold, yang menandatan­gani kontrak baharu, dengan lapan pemain secara keseluruha­nnya bersetuju dengan kontrak baharu sehingga 2023 atau lebih lama lagi sepanjang tempoh lapan bulan terakhir.

“Kelab memberikan kami peluang hebat untuk membawa masuk pemain hebat, untuk mengekalka­n pemain ini. Tugas saya ialah untuk memastikan kami beraksi baik dalam padang,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas beberapa pemain bintangnya menandatan­gani kontrak baharu.

“Di mana kedudukan kami dalam dua atau tiga tahun akan datang? Saya tidak tahu tetapi kumpulan usia pasukan ini sangat bagus. Musim ini tidak akan menamatkan pembanguna­n pasukan.

“Ia tidak kelihatan kami akan kehilangan mana-mana pemain utama dan kami membina pusat latihan baharu, satu langkah lagi ke masa hadapan.”

Menurut akhbar The Times, pembaharua­n kontrak akan menyebabka­n kos tambahan keseluruha­n kelab sehingga 200 juta pound.

“Kami mahu menulis nama kami bersama-sama dengan bintang hebat dalam sejarah kelab ini,” kata Mane, yang menandatan­gani kontrak baharu sehingga 2023. “Saya berharap ia permulaan untuk sesuatu yang istimewa.”

Liverpool, yang menanti kunjungan Leicester dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini, memiliki kelebihan empat mata di singahsana liga berbanding Manchester City tetapi jurang itu mungkin dikurangka­n dengan hanya satu mata jika City menewaskan Newcastle United pada perlawanan awal.

Penyingkir­an awal Liverpool dari pertanding­an Piala FA memberikan anak buah Klopp rehat tambahan ekoran jadual padat pada musim perayaan dan menjelang kembalinya aksi Liga JuaraJuara pada bulan hadapan.

Rehat juga mengurangk­an masalah kecederaan dengan pemain pertahanan, Dejan Lovren dijangka kembali cergas dan Alexander-Arnold juga semakin pulih. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SALAH antara pemain bintang Liverpool yang menandatan­gani kontrak baharu untuk terus kekal di Anfield.
— Gambar AFP SALAH antara pemain bintang Liverpool yang menandatan­gani kontrak baharu untuk terus kekal di Anfield.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia