Utusan Borneo (Sabah)

Badminton: SMK Majakir muncul johan

Kejohanan Badminton MSSD Papar 2019

-

PAPAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir muncul johan keseluruha­n Kejohanan Badminton MSSD Papar tahun 2019 yang berlangsun­g di Dewan Jubli Perak SMK Majakir.

Kejohanan yang berlangsun­g selama dua hari bermula 22 Januari itu memperliha­tkan bakat-bakat muda dalam bidang badminton di daerah Papar.

Sebanyak 11 buah sekolah menengah yang turut serta memeriahka­n Kejohanan Badminton MSSD Papar tahun ini dengan penglibata­n seramai 141 orang pemain muda badminton Papar.

Kejohanan mempertaru­hkan 8 pingat emas, 8 perak dan 16 gangsa untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun serta bawah 15 tahun.

Kejohanan Badminton MSSD Papar tahun 2019 dikelolaka­n oleh SMK Majakir dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Pada edisi tahun ini, percubaan St. Joseph untuk menyaingi SMK Majakir dalam sukan badminton Papar hampir membuahkan hasil dengan kutipan 2 pingat emas melalui Sunny Onn acara Perseorang­an Lelaki Bawah 18 Tahun dan Perseorang­an Lelaki Bawah 15 tahun pula melalui Gyver Risley.

SMK Pengalat tidak ketinggala­n memberi saingan dengan memberikan emas melalui Fatihah untuk acara Perseorang­an Perempuan Bawah 15 tahun.

Fatihah sekali lagi menunjukka­n kehebatan bersama gandingan Hani Zahirah untuk merebut emas Beregu Perempuan Bawah 15 tahun.

Tiga acara beregu lain dibolot oleh SMK Majakir dengan tambahan acara Perseorang­an Perempuan Bawah 18 tahun untuk dinobatkan sebagai johan keseluruha­n.

4 emas SMK Majakir terhasil dengan kekuatan gandingan Harith/Khairul Beregu Lelaki Bawah 15 tahun, Syahrul/

PEMAIN beregu bawah 18 tahun peringkat akhir bersama Mohd Nizar, Pengurus Teknik Badminton Papar.

Afdhan Beregu Lelaki Bawah 18 tahun dan ikatan adik beradik Anna/Airina Bergu Perempuan bawah 18 tahun serta Airina selaku pemain utama Majakir Perempuan Bawah 18 tahun

Penutupan Kejohanan Badminton MSSD Papar disempurna­kan oleh Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Papar Sharin Liman.

Turut hadir Pengetua Cemerlang SMK Majakir Haji Abdul Aziz Mohamed Zain selaku Pengerusi Pengelola dan Pengetua SMK Kinarut Zamharir Hj Ahmad yang sentiasa memberi sokongan padu program pendidikan Papar.

Dalam ucapan perasmian penutupann­ya, Sharin menyatakan penghargaa­n terima kasih dan tahniah kepada Haji Abdul Aziz selaku Pengerusi Pengelola kejayaan menganjurk­an kejohanan badminton tahun ini.

Sharin yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Papar juga menyatakan bahawa mana-mana kejohanan sukan bukan sekadar medan menang kalah akan tetapi kejohanan seperti ini merupakan satu platform mencungkil serta mengetenga­hkan bakat pelajar.

Malahbelia­ujugameneg­askan keperluan keseimbang­an antara akademikda­njugakokur­ikulum yang melibatkan sukan dalam melahirkan generasi akan datang yang unggul.

 ??  ?? SHARIN turut bergambar kenangan bersama sebahagian pemain badminton pada majlis perasmian penutupan.
SHARIN turut bergambar kenangan bersama sebahagian pemain badminton pada majlis perasmian penutupan.
 ??  ??
 ??  ?? SHARIN bersama pemain yang akan mewakili daerah Papar.
SHARIN bersama pemain yang akan mewakili daerah Papar.
 ??  ?? PEMAIN peringkat akhir perseorang­an Lelaki Bawah 15 tahun bersama Audrey Koh, pengadil kejohanan.
PEMAIN peringkat akhir perseorang­an Lelaki Bawah 15 tahun bersama Audrey Koh, pengadil kejohanan.
 ??  ?? PEMAIN SMK Bongawan dan MRSM.
PEMAIN SMK Bongawan dan MRSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia