Utusan Borneo (Sabah)

Rangkul kejuaraan lebih penting:Solskjaer

-

LONDON, England: Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau tidak akan berpuas hati dengan penamat musim di empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris ketika memburu kejayaan dalam dua pertanding­an piala pada separuh kedua musim.

United, di tangga keenam liga, memenangi kesemua enam perlawanan liga terakhir sejak Solskjaer menggantik­an Jose Mourinho untuk merapatkan kedudukan dari pasukan di tangga keempat – Chelsea, dari 11 kepada hanya tiga mata ketika ini selain masih bersaing dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Bagi Man United, anda seharusnya sentiasa memburu untuk memenangi liga,” kata beliau pada sidang media sebelum menentang Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

“Kami tidak dapat melakukann­ya musim ini tetapi kami harus kembali mencabar. Kami masih bersaing dalam Liga JuaraJuara dan Piala FA, kami tidak hanya berkata kami boleh berasa gembira dengan empat tangga teratas liga.”

Kejuaraan terakhir United – Liga Europa – hadir pada 2017 tetapi mereka belum memenangi kejuaraan liga sejak musim terakhir bekas pengurus legenda, Alex Ferguson pada 2012/2013.

Walaupun Solskjaer mengakui kejuaraan liga tidak realistik musim ini, beliau menyokong pasukannya untuk mengejar Tottenham Hotspur – di tangga ketiga dan tujuh mata di hadapan mereka.

“Kami di tangga keenam ketika ini, jadi kami jauh dari pasukan di kelompok teratas. Kami bersaing untuk berada di tiga tempat teratas ketika ini,” tambah pengurus dari Norway itu.

“Ia adalah tentang menyusun semula dan memulakan musim baharu dengan persediaan untuk lebih mencabar dan mendapatka­n lebih banyak mata.”

United diundi menentang Chelsea pada perlawanan pusingan kelima Piala FA pada 16 Februari, empat hari selepas menentang Paris Saint Germain (PSG) pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia