PKMT mohon ketua daerah dari kalangan anak jati Tawau
TAWAU: Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) yang mewakili masyarakat Melayu Islam Tawau menyatakan rasa terkilan dan dukacita atas pelantikan ketua daerah yang dibuat baru-baru ini tanpa mengambil kira sensitiviti dan pandangan masyarakat daerah ini.
Timbalan Presiden PKMT Ismail Awang berkata pelantikan ketua daerah yang bukan anak jati Tawau sememangnya telah mengejutkan masyarakat daerah ini dan dianggap tidak rasional.
“Kita tidak mempertikaikan kelayakandanpengalamanyang ada pada ketua daerah yang dilantik tetapi persoalannya masih ramai lagi anak jati Tawau yang boleh diberikan amanah untuk memegang jawatan itu.
“Ketua daerah perlu dari kalangan mereka yang mempunyai asal-usul kelahiran Tawau dan dikenali oleh masyarakat serta tahu selok belok keperluan adat dan budaya masyarakat Tawau yang terdiri daripada berbilang etnik,” katanya.
Menurutnya, jawatan itu sudahmenjaditradisipelantikan hanya dipegang oleh anak jati Tawau semenjak zaman British sebelum kemerdekaan Sabah lagi sehinggalah penyandang sebelum ini.
“PKMT berharap YAB Ketua Menteri Sabah dapat meneliti dan menyemak semula pelantikan Ketua Daerah Tawau serta meminta menteri di kementerian yang berkaitan supaya lebih sensitif dan mengambil kira sensitiviti masyarakat Tawau,” tambahnya.
Mengulas isu mengiktiraf beberapa suku kaum bumiputera bukan Anak Negeri sebagai Anak Negeri dengan meneliti semula Ordinan Interpretasi (Definisi) Anak Negeri di samping membuka semula permohonan Sijil Anak Negeri, Ismail berkata ia sememangnya satu isu yang amat sensitif.
Menurutnya, walaupun ia merupakan pandangan peribadi Menteri UndangUndang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah namun isu itu masih terus diperkatakan sama ada pihak yang membantah mahupun yang bersetuju.
“PKMT juga memahami ada perkara yang disampaikan oleh menteri mungkin disalah tafsir oleh beberapa pihak namun memandangkan penyebaran maklumat pada masa ini sangat terbuka dengan teknologi canggih sedia ada, pelbagai persepsi dan tanggapan akan timbul.
“Isu sensitif begini perlu ditangani secara berhemah agar tidak menjejaskan kestabilan dan keharmonian yang sedang kita nikmati di Sabah,” katanya.
Ismail berkata, PKMT sebagai sebuah NGO yang telah masuk 81 tahun bertapak di Tawau sememangnya sentiasa menyokong dasar kerajaan yang baik untuk rakyat malah dengan Kerajaan Sabah Baharu juga, PKMT telah menjalinkan kerjasamadidalampenganjuran beberapa program dan aktiviti sebelum ini.
“PKMT merupakan pertubuhan yang sentiasa berusaha untuk menyatupadukan dan menjaga keharmonian masyarakat melayu Tawau yang terdiri daripada pelbagai etnik.
“PKMT sangat menitikberatkan perpaduan dan keharmonian di antara etnik yang ada di daerah ini dan amat bimbang isu sensitif sekiranya ada isu yang boleh mencetuskan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan rakyat Sabah,” katanya.