Utusan Borneo (Sabah)

Pemain beregu wanita bersara awal ekoran masalah sinus

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Khamis mengumumka­n pemain beregu wanita, Toh Ee Wei terpaksa mengambil keputusan bersara awal kerana mengalami masalah sinus kronik dan perlu berehat daripada arena badminton.

Setiausaha Agung Persatuan BAM Datuk Ng Chin Chai berkata Ee Wei yang berganding­an dengan Pearly Tan perlu memberikan tumpuan kepada kesihatann­ya dan kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan hidung barubaru ini.

“Satu kehilangan besar untuk BAM. Ee Wei merupakan pemain muda yang bagus dan berada dalam prestasi yang baik namun kami menghormat­i keputusann­ya.Sekiranyab­eliau sudah pulih BAM sentiasa menyokongn­ya untuk kembali ke gelanggang,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Pencapaian cemerlang Ee Wei-Pearly ialah apabila muncul naib juara Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada tahun lepas.

Ng yang juga Pengerusi C&T berkata selain Ee Wei, pemain lain yang turut bersara adalah pemain beregu lelaki, Tan Wee Gieen, Shia Chun Kang dan seorang lagi pemain beregu wanita Eng Sin Jou.

Ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak berkata buat buat sementara waktu, Pearly akan digandingk­an dengan pemain muda iaitu Yap Ling bagi menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia atau turut dikenali sebagai Piala Tong Yun Kai di Hong Kong pada 19-24 Mac ini.

Rosman berkata pihaknya turut menilai pemain muda yang lain seperti Anna Cheong, Lim Chiew Sien dalam beberapa kejohanan tahun ini untuk mencari gandingan tetap Pearly. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia