Mantapkan pengetahuan aspek jenayah
KRT Taman Sri Balung adakan Skim Rondaan Sukarela dan Pencegahan Jenayah
TAWAU: Seramai 150 penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kinabutan Ria di sini, hadir Program Skim Rondaan Sukarela dan Pencegahan Jenayah pada Sabtu lepas, jam 8.00 malam hingga 11.00 malam di Pentas Terbuka KRT taman itu.
Program ini dilaksanakan bagi memantapkan pengetahuan dan kesedaran semua penduduk taman terhadap aspek jenayah.
Rasionalnya adalah kerana, tahap pengetahuan masyarakat terhadap jenayah masih rendah disamping membantu masyarakat mengenali jenayah.
Objektif program ialah memberi kesedaran awal kepada penduduk taman berkaitan dengan bahayanya gejala masalah sosial, memberi input berkaitan dengan masalah sosial semasa dan membantu penduduk mengenalpasti cara-cara menghindarkan diri daripada terlibat dalam aktiviti jenayah.
Pengisian program ialah Persembahan Seni Silat Pusaka Gayung, Taekwando, Tarian Kebudayaan,Taklimat Pencegahan Jenayah oleh PDRM,Rondaan SRS dan Kaunter Pendaftaran Volunteer Smart Phone (VSP) oleh PDRM.
Program ini disempurnakan oleh Fung Thin Yein Ketua Perhubungan Parlimen Tawau yang mewakili ahli Parlimennya Datuk Christina Liew.
Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau Rosmah Wading, Pegawai Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ASP Helmi Mat Yusof dan Pengerusi KRT Taman Kinabutan Ria Mohd Rosli Masia.
Antara taklimat yang disampaikan oleh ASP Helmi adalah pelaksanaan Volunteer Smart Phone (VSP) yang mana banyak membantu dalam mengatasi berlakunya jenayah melalui laporan yang dikemukakan menggunakan telefon pintar kepada pihak polis.