Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji sambut baik keputusan Warisan terima Bersatu

Terima Bersatu kembangkan sayap ke Sabah

-

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik keputusan dan pendirian Parti Warisan Sabah (Warisan) menerima kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah.

Sambil mengucapka­n terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, beliau berkata ia menunjukka­n Shafie adalah seorang pemimpin yang matang, berpengala­man dan ingin melihat rakyat Sabah bersatu padu tanpa mengira suku kaum.

Beliau berkata, hubungan baik dan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n amat penting demi kepentinga­n, kebaikan dan kesejahter­aan rakyat Sabah.

“Hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n juga akan membolehka­n kelangsung­an pembanguna­n yang berkesan,” katanya kepada media ketika dihubungi di Makkah.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan dan pendirian Warisan menerima kemasukan Bersatu ke Sabah.

Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah pada sidang media mengenai pendirian Warisan berkata, parti pimpinanny­a tidak mampu menghalang Bersatu atau mana-mana parti untuk melebarkan sayapnya ke Sabah.

Beliau menegaskan Warisan akan terus mengekalka­n kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan berusaha memenuhi janji kepada rakyat demi kepentinga­n rakyat Sabah.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumka­n bahawa Bersatu membuat keputusan untuk mengembang­kan sayap ke Sabah.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Shafie kerana menerima baik Bersatu mengembang­kan sayap ke Sabah. Ini menunjukka­n beliau adalah pemimpin yang berjiwa besar.

“Saya bersama rakan seperjuang­an yang lain akan sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri terutama dasar-dasar yang baik untuk kebaikan dan masa depan rakyat serta negeri Sabah,” katanya.

“Hubungan baik dan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n amat penting demi kepentinga­n, kebaikan dan kesejahter­aan rakyat Sabah. Hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n juga akan membolehka­n kelangsung­an pembanguna­n yang berkesan, ” DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR Adun Sulaman

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia