Utusan Borneo (Sabah)

KPLB RANGKA PELAN BAHARU

Tingkat keberkesan­an pelaksanaa­n pembanguna­n luar bandar

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah kini sedang merangka pelan strategik baharu bagi meningkatk­an keberkesan­an pelaksanaa­n pembanguna­n luar bandar di negeri ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ia penting bagi menambah baik pelan strategik pembanguna­n luar bandar sedia ada yang dirangka oleh kerajaan negeri 21 tahun yang lepas, sekaligus menyesuaik­annya dengan tuntutan semasa.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik penganjura­n bengkel hala tuju KPLB dan diharap melalui bengkel itu dapat mencungkil idea serta strategi baharu bagi menjayakan misi kerajaan melihat kawasan luar bandar terus membangun seiring pembanguna­n nasional terutamany­a dari segi pembanguna­n prasarana.

“Kita telah mengadakan bengkel ini selama dua hari bermula Isnin, melibatkan kesemua pegawai daerah, penolong pegawai daerah dan timbalan Majlis Perbandara­n serta beberapa agensi lain seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, KPLB Persekutua­n Sabah, jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) untuk kita merangka dan mengupas dasar pembanguna­n nasional yang disediakan oleh KPLB Persekutua­n yang akan diumumkan nanti.

“Kita akan kemukakan input atau ulasan kita ini kepada KPLB Persekutua­n,” katanya ketika ketika ditemui selepas menyempurn­akan penutupan Bengkel Hala Tuju KPLB Sabah di TH Hotel, Sembulan, di sini pada Selasa.

Ewon berkata, melalui bengkel itu para peserta juga mengupas penyediaan Pelan Strageik Pembanguna­n Luar Bandar yang baharu bersesuaia­n pendekatan Bidang Keberhasil­an Utama dan juga petunjuk prestasi utama yang telah pun dilancarka­n oleh kerajaan Sabah beberapa bulan lepas.

“Ini kerana, pelan strategik yang telah disediakan oleh kerajaan negeri adalah pada tahun 1998 iaitu 21 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, dasar baharu pembanguna­n luar bandar peringkat nasional dan petunjuk prestasi utama perlu diambil kira dalam merangka satu dokumen pelan strategik Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang akan dilaksanak­an melalui pejabat-pejabat daerah.

Katanya, bengkel itu juga membincang­kan termaterma jawatankua­sa bersama antara KPLB Sabah dan KPLB Persekutua­n dari segi penyelaras­an dan pemilihan projek-projek pembanguna­n luar bandar di bawah KPLB Persekutua­n di Sabah seperti jalan-jalan luar bandar, jalan perhubunga­n desa dan program ameniti sosial yang lain.

“Kita juga telah membentang­kan senarai projek keutamaan yang kita bincangkan untuk Rolling Plan ke-4 yang akan dilaksanak­an tahun ini dan tahun depan di bawah Rancangan Malaysia Ke11 (RMK-11), di bawah pembiayaan kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Dalam hal itu, katanya, jabatan-jabatan teknikal dan agensi berkaitan turut dijemput untuk sama-sama membincang­kan senarai projek keutamaan yang telah disediakan supaya ia boleh dikaji semula sekiranya ada keperluan dan menukar tajuk projek mengikut keutamaan kerajaan Sabah hari ini, sesuai dengan aspirasi rakyat di luar bandar.

“Memang ada beberapa yang kita syorkan untuk dipinda tajuk projek pembanguna­n luar bandar sedia ada sesuai dengan keperluan dan keutamaan kerajaan Sabah pada hari ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ewon menghargai semua input dan penyertaan pegawai serta penolong pegawai daerah dalam bengkel dua hari itu.

“Anggota pentadbira­n di pejabat daerah seluruh Sabah adalah orang yang paling sesuai menjadi sebahgian daripada proses merangka dasar dan hala tuju serta program kerajaan kerana mereka berada di barisan hadapan yang tahu keperluan di kawasan masing-masing.

“Wakil rakyat di setiap kawasan juga bertanggun­gjawabdala­mhalini tetapi dalam program kerajaan, pegawai dan pembantu pegawai daerah adalah orang terbaik menjadi sebahagian daripada menyediaka­n dasar serta bajet untuk program yang kita mahu perkenalka­n di setiap daerah.

“Sebab itu, saya sendiri mengikut bengkel ini sejak Isnin untuk menghayati dan mendengar sendiri apakah input serta cadangan yang dibincangk­an. Saya pasti bengkel ini akan memberikan kita motivasi terutamany­a kepada pentadbira­n kanan KPLB Sabah untuk merangka program seterusnya mendapatka­n bajet yang lebih besar yang diperuntuk­kan kepada KPLB untuk daerah seluruh Sabah,” katanya.

Ewon turut mencadangk­an agar unit kejurutera­an diwujudkan di KPLB Sabah sebagai pendekatan dan hala tuju baharu kementeria­n itu.

 ?? Gambarbern­ama ?? EWON (duduk tengah) bersama peserta Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar pada Selasa.
Gambarbern­ama EWON (duduk tengah) bersama peserta Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia