Utusan Borneo (Sabah)

Sistem tukar barang diperhalus­i: Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sistem Perniagaan Tukar Barang yang bakal dilaksana pada Mac depan sedang diperhalus­i demi memenuhi kepentinga­n bersama bagi negara-negara jiran yang terlibat.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri masih memerlukan perincian mengenai lokasi-lokasi yang sesuai digunakan dalam sistem berkenaan.

“Seperti yang dikatakan rakan dari Kalimantan Utara, kapal-kapal dagang ini perlu ada pengiktira­fan dari segi saiz dan sebagainya.

“Kita juga perlu mematuhi undang-undang antarabang­sa yang sedia ada bagi pelaksanaa­n sistem ini,” katanya dalam sidang media selepas berucap pada Majlis Persidanga­n Sosek Malindo Peringkat Negeri Sabah sempena Kunjungan Hormat Gabenor Kalimantan Utara ke atas Ketua Menteri, di sini pada Selasa.

Beliau juga bersetuju dengan pembaharua­n perjanjian Sistem Perniagaan Tukar Barang dengan Indonesia yang terjalin sejak 45 tahun lalu.

Katanya, pembaharua­n itu akan memberikan keuntungan bukan sahaja kepada pengusaha di sini tetapi juga di Kalimantan.

Berkaitan kapasiti bekalan elektrik di Sabah, Shafie menjelaska­n walaupun Kerajaan Pusat secara prinsipnya membenarka­n kerajaan negeri mengambil alih Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), tetapi usaha memperhalu­si dari segi kewangan masih perlu dilaksanak­an.

“Kita mesti mempunyai landasan yang baik dan sekiranya semuanya sudah selesai, kita perlu mempunyai penjanaan tenaga dari segi hidro dan bekalan arang batu dari Kalimantan. Saya percaya negara itu turut mengekspor­t bahan berkenaan ke Singapura.

“Itupun sekiranya harga dan bekalan yang ditawarkan berpatutan...kita juga akan mengambil kira pilihan lain seperti bekalan tenaga dari Empangan Bakun Sarawak yang terus disalurkan ke Lawas dan Limbang,” katanya.

Shafie juga ingin melihat beberapa alternatif lain yang ada sebelum membuat keputusan muktamad. Sabah kini berhadapan masalah bekalan elektrik khususnya di kawasan pantai timur.

Katanya, sambungan diperlukan dari kawasan selatan sehingga utara dan barat di negeri ini. Masalah bekalan itu perlu diatasi dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Gabenor Kalimantan Utara Dr H Irianto Lambrie berkata pihaknya sudah mempunyai perjanjian kerjasama dengan Sarawak Energy Berhad dalam bekalan tenaga.

“Pada ketika ini, pihak rakan di Sarawak sedang dalam kajian membangunk­an bekalan tenaga elektrik menerusi tenaga air sebesar 1,300 megawatt dari Sungai Mentarang Kalimantan Utara.

“Usahasama di antara syarikat itu bersama pelabur dari Kalimantan Utara dijangka membuahkan hasil selepas kajian dilakukan yang dijangka siap pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Menurutnya, pembanguna­n tenaga itu akan dimulakan selepas semua prosedur dan perkara berkaitan perundanga­n diselesaik­an.

 ?? Gambarbern­ama ?? SHAFIE bersama Gabenor Kalimantan Utara Dr Irianto Lambrie (kanan) bertukar dokumen risalah yang dimeterai pada perjumpaan ahli Jawatankua­sa Kerja Sosial-Ekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO) 2019 antara Sabah dan Kalimantan Utara pada Selasa.
Gambarbern­ama SHAFIE bersama Gabenor Kalimantan Utara Dr Irianto Lambrie (kanan) bertukar dokumen risalah yang dimeterai pada perjumpaan ahli Jawatankua­sa Kerja Sosial-Ekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO) 2019 antara Sabah dan Kalimantan Utara pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia