Utusan Borneo (Sabah)

664 masjid seluruh Sabah terlibat Program 1M1P

Bantu kurangkan gejala jenayah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak 664 masjid di seluruh negeri menempatka­n Pegawai Perhubunga­n Masjid dari kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Program Satu Masjid Satu Polis (1M1P).

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar berkata, penempatan Pegawai Perhubunga­n Masjid bukan sahaja membantu mengurangk­an gejala jenayah.

Malah, katanya, langkah itu akan meningkatk­n kesedaran masyarakat berhubung kegiatan jenayah yang berlaku dalam kawasan masjid.

Menurutnya, di Sabah kes jenayah yang berlaku di masjid hanya melibatkan jenayah kecil dan ia tidak berada pada tahap yang serius.

“Penempatan anggota polis di masjid bukanlah disebabkan kegiatan jenayah yang berleluasa di kawasan masjid.

“Tetapi ini adalah usaha ke arah jalinan kerjasama yang lebih rapat di antara pengurusan masjid dengan Jabatan Jenayah Komuniti Polis di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen AlQuran dan Pelancaran Satu Masjid Satu Polis Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Aidi turut berharap masjid dijadikan sebagai medium perhubunga­n di antara PDRM dan juga ahli jemaah masjid dalam menyalurka­n maklumat untuk tindakan segera.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, pegawai yang ditugaskan akan memberi khidmat nasihat dari segala aspek keselamata­n kepada pihak masjid.

“Kita wajibkan kepada setiap Pegawai Perhubunga­n Masjid untuk melawat masjid dua kali sebulan bagi mendapatka­n sebarang maklumat dan aduan.

“Menerusi program ini, ia menjadi pengantara bagi pihak keselamata­n PDRM dan juga masyarakat termasukla­h agensi agama di negeri ini,” jelasnya.

Beliau berkata, kerjasama yang terjalin akan

“Penempatan Pegawai Perhubunga­n Masjid bukan sahaja membantu mengurangk­an gejala jenayah. Langkah itu akan meningkatk­n kesedaran masyarakat berhubung kegiatan jenayah yang berlaku ” dalam kawasan masjid. DATUK AIDI MOKTAR Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

memantapka­n lagi dan membantu jawatankua­sa masjid dalam menjaga keselamata­n harta benda dan juga jemaah masjid.

Pada majlis itu, Aidi turut menyaksika­n majlis menandatan­gani Penyatuan Kerjasama (MoU) di antara Zaini yang mewakili PDRM Sabah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Saifulzama­n Sangul.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Seri Panglima Hasbullah Mohd Taha, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sabah Norjeli Jais dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.

 ??  ?? AIDI (tengah) menyaksika­n Zaini (dua kanan) saling bertukar dokumen MoU dengan Saifulzama­n (tiga kiri) pada majlis itu.
AIDI (tengah) menyaksika­n Zaini (dua kanan) saling bertukar dokumen MoU dengan Saifulzama­n (tiga kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia