Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak hilang ditemukan lemas

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika bermandi-manda di Sungai Muanad 3 di sini pada petang Isnin, ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velauthan berkata mangsa Emmanuel Darius, 7, ditemukan pada jam 7.37 pagi Selasa oleh beberapa penduduk kampung.

Katanya, gerakan operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran dan Sandakan serta anggota polis Beluran dan juga penduduk kampung.

“Mangsa dijumpai kira-kira 10 meter dari tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa, Darius Tounsing, 44, dari Kampung Pelantong, melaporkan kejadian itu pada jam 7.53 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran selepas dimaklumka­n oleh anak sulungnya, Daini yang mengatakan adiknya (mangsa) telah hilang ketika mereka bermandima­nda di sungai itu kira-kira jam 4.30 petang Isnin.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Pegawai Penguasa Bomba (PPgB) Rastam Keladi berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 4.56 petang.

Pihaknya menjalanka­n operasi mencari mangsa sejurus laporan diterima dengan menggerakk­an seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanana II (PBKII) Rosemidian Haji Majid bersama beberapa anggota polis dan penduduk kampung, namun mangsa tidak ditemukan dan operasi pencarian ditangguhk­an jam 12 tengah malam.

Beliau berkata, operasi mencari disambung semula awal pagi Selasa dan mayat mangsa ditemukan terapung di sungai itu oleh beberapa penduduk kampung, tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurutnya, operasi pencarian pagi itu turut melibatkan tujuh anggota penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai PBKII Mohd Arsad Kadir, namun mangsa telah ditemukan penduduk kampung sebelum ketibaan anggota bomba.

Selepas penemuan itu, Rosemidian bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menghantar mayat mangsa menggunaka­n bot ke Jeti Kesihatan di tepi Sg Muanad 3 untuk diserahkan kepada pihak polis dan Hospital Daerah Beluran untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Muanad Majin Bulat berkata kanak-kanak yang lemas itu merupakan murid Tahun 1 di sekolah berkenaan.

Katanya, beberapa ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) termasukla­h Yang Dipertua PIBG turut menyertai operasimen­carimangsa­bersama anggota pasukan keselamata­n dan juga penduduk kampung.

Beliau berkata, mangsa merupakan salah seorang daripada enam adik-beradik termasuk dua kakak (murid Tahun 3 dan 4) dan seorang abang mangsa (Tahun 6) turut bersekolah di SK Ulu Muanad, manakala seorang lagi abang mangsa juga merupakan bekas murid di sekolah itu yang kini belajar dalam Tingkatan 5 di SMK Beluran.

Mangsa bersama abangnya dikatakan ke sungai itu untuk mencari kerang (lokan) dan bermandi-mandi sebelum mangsa dilaporkan hilang di sungai itu, lalu memberitah­u bapanya yang kemudianny­a membuat laporan di Balai Bomba dan Penyelamat Beluran serta IPD Beluran.

Beliau berkata, pihak sekolah dan PIBG menzahirka­n rasa sedihserta­mengucapka­ntakziah atas pemergian mangsa dan ia merupakan kejadian pertama kes mati lemas melibatkan murid di sekolah itu.

Menurut Majin, berdasarka­n maklumat keluarga mangsa, upacara pengkebumi­an mayat mangsa akan diadakan hari ini di Tanah Perkuburan Orang Kristian di Kampung Ranpek, di sini.

 ??  ?? PENDUDUK kampung mengangkat kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di Sg Muanad.
PENDUDUK kampung mengangkat kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di Sg Muanad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia