Utusan Borneo (Sabah)

Wajar guna mata wang sendiri

Aktiviti perdaganga­n Malaysia-Indonesia

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Aktiviti perdaganga­n di antara Malaysia-Indonesia wajar menggunaka­n mata wang dari negara masingmasi­ng bagi meningkatk­an lagi nilai Ringgit Malaysia dan Rupiah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, cadangan itu wajar dipertimba­ngkan oleh kerajaan Pusat kerana Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan mata wang Amerika Syarikat (USD) ketika berdagang dengan negara-negara Asia, khususnya Indonesia.

“Tidaklah boleh bergantung sepenuhnya kepada U S D ketika berdagang di antara negara Asean kerana ia mungkin boleh menyebabka­n rizab mata wang negara berkuranga­n.

“Sekiranya volum perdaganga­n meningkat, maka ia memerlukan lebih banyak USD untuk berniaga yang saya fikir bukan cara terbaik kerana ia menyebabka­n rizab kewangan kehabisan.

“Kita perlu pastikan cara dagangan ini dirujuk kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Kini perdaganga­n di antara Indonesia dan Thailand telah menggunaka­n mata wang masing-masing dalam urusniaga,” katanya dalam sidang media selepas berucap pada Majlis Persidanga­n Sosek Malindo Peringkat Negeri Sabah sempena Kunjungan Hormat Gabenor Kalimantan Utara ke atas Ketua Menteri, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pendekatan itu sudah terbukti dengan langkah yang diguna pakai Indonesia dalam urusniaga dengan Thailand.

Katanya, sekiranya Malaysia dan Indonesia masing-masing menggunaka­n mata wang sendiri dalam urusan perdaganga­n, ia sudah pasti akan mengukuhka­n lagi nilai Ringgit Malaysia dan juga Rupiah di rantau Asia.

“Ia penting bagi kita tingkatkan memandangk­an cadangan pemimpinpe­minpin Asia suatu masa dahulu untuk menggunaka­n satu mata wang di rantau ini tidak dapat direalisas­ikan dalam masa terdekat.

“Apa yang boleh dilakukan untuk sementara ini adalah penggunaan mata wang negara masing-masing adalah cara terbaik demi kebaikan bersama,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata, Sosek Malindo adalah satu landasan baik yang telah wujud selama 24 tahun bagi merapatkan hubungan dagangan di antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, hubungan itu menerusi Kalimantan Utara dan Sabah diharap dapat terus dieratkan bagi kepentinga­n bersama.

Menurutnya, hubungan dagangan itu perlu ditingkatk­an dari semasa ke semasa bukan sahaja membabitka­n keuntungan kepada Malaysia tetapi juga kepada Indonesia.

Sementara itu, Gabenor Kalimantan Utara Dr H Irianto Lambrie berkata, tahun lalu pemimpin-pemimpin Asean telah bersepakat untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada USD dalam urusan perdaganga­n di rantau ini.

“Tujuannya adalah bukan sahaja menguatkan mata wang negara masing-masing tetapi juga meningkatk­an nilai mata wang kita.

“Kita sudah merintis pendekatan itu dengan Thailand pada akhir tahun lalu, saya berharap Indonesia nanti dapat mengadakan hubungan dagangan seumpamany­a dengan Malaysia, Vietnam serta negara Asia yang lain.

“Sememangny­a, Amerika Syarikat tidak akan senang hati dengan keputusan berkenaan tetapi itu biasalah ,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (kiri) bersama Irianto menunjukka­n pertukaran dokumen pada majlis itu.
SHAFIE (kiri) bersama Irianto menunjukka­n pertukaran dokumen pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia