Utusan Borneo (Sabah)

Raikan perbezaan, kukuhkan perpaduan demi kemajuan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

KUNAK: Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif berkata rakyat perlu menyemarak­kan perpaduan dengan meraikan perbezaan agar ia menjadi kekuatan untuk membangunk­an daerah ini.

Menurutnya, perbezaan asal usul keturunan, agama kepercayaa­n dan adat resam kaum perlu dikongsi agar ia difahami dan menjadi pengukuh pada nilai-nilai murni yang menjadi amalan hidup majmuk.

“Hari ini perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut masyarakat Tionghua kita raikan bersama dengan semangat perpaduan yang terjalin sejak dulu.

“Hal ini perlu diteruskan untuk disemarakk­an agar generasi akan datang tahu menghargai nilai murni yang kita ada meski kita berbeza agama, keturunan dan adat,” katanya.

Norazlinah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pesta Angpau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Sheng anjuran Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tiong Hua Kunak, pada Sabtu.

Menurutnya, kehadiran yang ramai bukan sahaja dari kaum Cina tapi diraikan bersama pelbagai suku di daerah ini, membuktika­n kematangan rakyat yang semakin bebas melaksana perubahan.

Beliau berharap perkembang­an itu akan mencambahk­an lagi idea perubahan di Kunak dengan saling bertukar-tukar pendapat, buah fikiran, idea segar untuk dirancang sebelum dilaksanak­an mencapai matlamat dan manfaat bersama.

Pada majlis itu, sebanyak RM5,000 dan 200 kerusi disumbangk­an kepada sekolah berkenaan.

Majlis diserikan dengan tarian singa, tarian kebudayaan Cina, persembaha­n seni pertahanan diri Wushu dan nyanyian serta cabutan bertuah.

Turut hadir, Kapitan Thien Seng Phin dan Kapitan Lai Chang Ann.

 ??  ?? NORAZLINAH melakukan simbolik ucapan Selamat Tahun Baharu Cina bersama mereka yang hadir
NORAZLINAH melakukan simbolik ucapan Selamat Tahun Baharu Cina bersama mereka yang hadir
 ??  ?? NORAZLINA diiringi suami bersama jawatankua­sa majlis menggaul Yee Sang.
NORAZLINA diiringi suami bersama jawatankua­sa majlis menggaul Yee Sang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia