Utusan Borneo (Sabah)

Amanah ucap tahniah kepada kenyataan Shafie

-

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sabah mengucapka­n tahniah atas kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkenaan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah.

Pengerusi Amanah Negeri Sabah Haris Ali mudin berkata, pendirian Shafie adalah berdasarka­n pertimbang­an meletakkan kepentinga­n rakyat dan negeri Sabah sebagai keutamaan melebihi kepentinga­n parti.

“Pendirian itu adalah selari dengan pendirian Parti Amanah bahawa kepentinga­n untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri ini dan melaksanak­an dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan adalah tanggungja­wab semua tanpa mengira parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Haris berkata, parti itu juga percaya kemasukan Bersatu ke Sabah membolehka­n kerajaan Pusat memberikan perhatian yang lebih kepada pembanguna­n negeri Sabah melalui menteri-menteri dari Bersatu.

“Parti Amanah yakin bahawa kepimpinan Bersatu yang akan dibentuk dari kalangan pemimpin tempatan akan terus memperjuan­gkan hak serta kepentinga­n negeri Sabah sebagaiman­a yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Parti Amanah memberikan komitmen penuh kepada keutuhan Pakatan Harapan di negeri Sabah dengan kerjasama teguh yang diberikan oleh parti Warisan dan Upko,” katanya.

Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah pada Isnin berkata, Warisan tidak dapat menghalang tindakan Bersatu untuk melebarkan sayapnya ke Sabah.

Beliau berkata, ia tertakluk kepada undang-undang sedia ada yang membenarka­n parti baharu dibentuk.

Katanya, kerajaan negeri akan terus mengadakan kerjasama baik dengan Pakatan Harapan demi kebaikan rakyat secara keseluruha­n.

Katanya, Parti Warisan sudah bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu dan selepas itu bersamasam­a Kerajaan Persekutua­n membentuk kerajaan baharu.

“Kita akan teruskan kerjasama bersama mereka (Pakatan Harapan) untuk kebaikan rakyat,” katanya.

 ??  ?? HARIS ALIMUDIN
HARIS ALIMUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia