Utusan Borneo (Sabah)

Foto Potret Terbanyak akan direkod dalam MBR

-

LABUAN: Pameran Foto Potret Terbanyak di Malaysia adalah sebuah projek anjuran bersama antara Perbadanan Labuan dengan Street To Street.

Usaha ini juga melibatkan Kota Seni, Persatuan Seni Visual Wilayah Persekutua­n Labuan (Lavista), Contempora­ry Culture Movement (CCM) dan Malaysia Photograph­er Directory sebagai rakan strategik kepada Street To Street.

Pengarah Projek Agoes Alwi berkata, pameran foto potret bertajuk ‘Muha Seribu Satu Wajah’ ini adalah merupakan Pameran Foto Potret Bersaiz A2 Terbanyak di Malaysia.

Katanya, sekaligus ianya akan direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBR) pada 23 Februari ini.

Pameran itu telah dilancarka­n oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n peringkat Labuan.

Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Haji Amir Haji Hussien dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad.

Agoes berkata, pameran itu bermula pada 15 Februari lepas dan akan dilanjutka­n sehingga 3 Mac depan di perkaranga­n Muzium Marin, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.

Menurutnya, pameran selama 17 hari itu adalah sebagai tanda apresiasi kepada peserta yang terlibat, serta penduduk Labuan untuk sama-sama meraikan kejayaan projek itu.

“Kami mengalualu­kan orang ramai untuk menyaksika­n pameran itu di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan,” katanya.

Perkataan muha yang bermaksud wajah, rupa atau muka dalam bahasa Kedayan Brunei dijadikan sebagai tajuk kepada projek itu dianggap sangat bertepatan memandangk­an projek ia 100 peratus dilakukan di Wilayah Persekutua­n Labuan di mana majoriti pendudukny­a kaum Kedayan Brunei.

Agoes berkata bagi memeriahka­n pameran itu, pihaknya telah menerima 120 keping potret yang dirakam oleh rakan-rakan fotografer dari Brunei Darussalam, Indonesia dan Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? KHALID (tiga kanan) merasmikan Pameran Foto Potret Terbanyak di Malaysia di perkaranga­n Muzium Marin, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan. Turut kelihatan Amir (dua kanan), Azhar (empat kiri) dan Agoes (kanan).
KHALID (tiga kanan) merasmikan Pameran Foto Potret Terbanyak di Malaysia di perkaranga­n Muzium Marin, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan. Turut kelihatan Amir (dua kanan), Azhar (empat kiri) dan Agoes (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia