Utusan Borneo (Sabah)

JPNS lestari ekosistem terumbu karang

858 ekor Mahkota Duri di Tebah Batang, Tungku dimusnahka­n

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

Inisiatif yang proaktif itu diketuai Pengarah Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade bersama 10 penyelam bertauliah di Lahad Datu yang turut disertai dua dari syarikat Ruby Lagoon Travel & Tour Sdn Bhd. DATUK JUNZ WONG Menteri Pertanian dan Industri Makanan

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong memuji usaha Jabatan Perikanan Negeri Sabah (JPNS) dalam melaksanak­an program pemusnahan makhluk perosak Mahkota Duri atau Crown of Thorns (COT) yang menjadi ancaman terumbu karang.

Menurutnya, inisiatif yang proaktif itu diketuai Pengarah Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade bersama 10 penyelam bertauliah di Lahad Datu yang turut disertai dua dari syarikat Ruby Lagoon Travel & Tour Sdn Bhd.

“Sebanyak 858 ekor COT di perairan Tebah Batang, Tungku telah dimusnahka­n dalam program itu barubaru ini.

“Pemusnahan makhluk perosak COT dibuat melalui kaedah suntikan racun ke badan pemangsa terumbu karang itu.

“Kaedah itu boleh menyebabka­n kematian COT dalam tempoh 3-5 jam di air laut,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tanjung Aru berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut Junz, ekosistem terumbu karang penting bagi persekitar­an marin kerana ia menjadi tempat pelbagai spesies ikan mencari makanan, membiak, membesar dan berlindung.

Katanya, selain itu industri pelanconga­n boleh terjejas sekiranya keindahan alam semulajadi tidak dijaga sebaiknya.

Beliau seterusnya mengalu-alukan penyertaan syarikat swasta dalam program seumpama itu bagi memastikan kelestaria­n terumbu karang terus terpelihar­a.

Pada perkembang­an sama, Ahemad berkata JPNS sentiasa komited dengan mempergiat­kan lagi usaha itu.

“Saya harap lebih banyak syarikat swasta tampil menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat syarikat dengan bersama-sama kami menjayakan usaha ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) MAHKOTA Duri yang mengancam terumbu karang. (Gambar kiri) PASUKAN penyelam di atas bot di satu lokasi di perairan Tebah Batang.
(Gambar atas) MAHKOTA Duri yang mengancam terumbu karang. (Gambar kiri) PASUKAN penyelam di atas bot di satu lokasi di perairan Tebah Batang.
 ??  ?? AHEMAD bersama pasukan penyelam bertauliah yang menjayakan program itu.
AHEMAD bersama pasukan penyelam bertauliah yang menjayakan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia