Utusan Borneo (Sabah)

PDK Indah Jaya perlu sokongan, kerjasama

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Indah Jaya di sini memerlukan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak dalam meningkatk­an keberkesan­annya melaksanak­an program pemulihan untuk golongan istimewa.

Penyeliany­a Mohd Huzaini Aduring berkata, sokongan dan kerjasama itu boleh diterjemah menerusi penyaluran bantuan berbentuk alat bantuan mengajar yang ketika ini agak kekurangan di PDK itu.

Antaranya, tilam latihan, bola fisioterap­i, foot print, gelung, kon, meja dan kerusi, cermin panjang, mesin pencetak serta katil bayi, dengan kos keseluruha­n dianggarka­n RM5,000.

“Ketika ini, PDK Indah Jaya ada menerima geran daripada Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am tetapi ia lebih kepada elaun untuk pelatih dan kakitangan.

“Selain itu, kakitangan di sini dengan bantuan pelatih juga ada mengambil inisiatif membuat dan menjual kek batik serta kerepek pisang yang mana hasil jualan akan digunakan untuk PDK ini.

“Justeru, kami berbesar hati sekiranya ada pihak yang boleh menyalurka­n bantuan berbentuk alat bantuan mengajar ataupun bantuan kewangan bagi membeli peralatan itu,” katanya.

PDK Indah Jaya ketika ini mempunyai seramai 65 pelatih yang mana 50 orang daripadany­a hadir ke PDK itu dan selebihnya adalah pelatih yang dilawat dari rumah ke rumah.

Sesi program pemulihan itu berlangsun­g dari Isnin hingga Khamis sahaja manakala Jumaat diperuntuk­kan untuk sesi lawatan pelatih dari rumah ke rumah dengan lingkungan kawasan pelatih berdaftar ketika ini adalah dari Kampung Bahagia, Batu Sapi hingga Kampung Padas, Batu 12.

Antara aktiviti diadakan untuk para pelatih di PDK itu termasuk kemahiran motor kasar, perkembang­an sosial, kreativiti dan retorik, perkembang­an bahasa, pengurusan diri serta kemahiran vokasional.

Untuk rekod, selain PDK Indah Jaya, terdapat tiga lagi PDK lain yang beroperasi di kawasan Sandakan termasuk PDK Gum-Gum dan sebuah lagi masingmasi­ng di Kinabatang­an dan Beluran.

PDK Indah Jaya yang mulai dibuka pada September 2016 ketika ini mempunyai seramai enam kakitangan, termasuk seorang penyelia.

 ??  ?? HUZAINI (belakang, kiri) bersama kakitangan dan ibu pelatih di PDK Indah Jaya.
HUZAINI (belakang, kiri) bersama kakitangan dan ibu pelatih di PDK Indah Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia