Utusan Borneo (Sabah)

Umno Sabah tidak tergugat kemasukan Bersatu

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata, Umno Sabah tidak akan tergugat dengan keputusan Parti pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk melebarkan sayapnya ke negeri ini.

Katanya, ahli Umno Sabah tidak akan akan meninggalk­an parti itu untuk menyertai Bersatu.

“Selepas penghijrah­an (keluar) beramai-ramai pemimpin Umno Sabah sebelum ini, kita telah menyusun semula parti.

“Saya percaya ahli dan pemimpin yang ada dalam Umno Sabah sekarang adalah mereka yang benar-benar berjuang dan membela nasib rakyat,” katanya ketika ditemui di sini dan diminta mengulas keputusan Bersatu untuk melebarkan sayap parti itu ke Sabah.

Menurut beliau Umno Sabah telah disusun semula di 25 bahagian di negeri ini dan ternyata masih ada pemimpin serta ahli Umno masih setia untuk meneruskan perjuangan, sekali gus menyangkal dakwaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang Umno sudah bubar di Sabah.

“Kehadiran Bersatu ke Sabah bukan ancaman besar kepada kita, malah kehadiran parti itu ke Sabah dialualuka­n,” katanya.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata yang penting bagi parti itu sekarang ialah memantapka­n sokongan serta gerak kerja parti di semua peringkat bahagian cawangan termasuk sayap utama parti.

“Dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada Umno Sabah, kita akan bergerak dan perjelaska­n kepada ahli parti di peringkat akar umbi bahawa perjuangan kita memenuhi aspirasi ahli Umno dan rakyat di negeri ini,” jelasnya.

Ditanya sama ada Umno Sabah akan bekerjasam­a dengan Bersatu, beliau berkata buat masa ini Umno mahu memperkuku­hkan parti itu di negeri ini.

“Bagaimanap­un, dalam politik kita tidak boleh ramal apa akan berlaku, kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Apa yang penting, Umno Sabah akan dimantapka­n di negeri ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia