Utusan Borneo (Sabah)

Kesanggupa­n bubar parti, pengorbana­n besar untuk perpaduan

-

KOTA KINABALU: Kesanggupa­n dan kesediaan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin membubarka­n Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan membawa kirakira 64,000 ahlinya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan sebagai satu pengorbana­n besar semata-mata demi untuk kestabilan politik di negeri ini.

Naib Pengerusi 1 Biro Veteran Politik Parti Harapan Rakyat L iman Kas si m berkata, sesungguhn­ya bukan mudah bagi presiden membubarka­n parti tetapi ia perlu dilakukan demi kesejahter­aan rakyat agar masa depan mereka lebih terjamin.

Beliau berkata, perpaduan rakyat yang kukuh adalah penting dalam mewujudkan kestabilan politik di negeri ini.

Oleh itu, langkah membawa PPBM untuk melebarkan sayapnya ke Sabah adalah tepat dan kena pada masanya kerana impaknya amat besar dalam membentuk persefaham­an yang lebih baik antara kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutua­n.

Liman berkata, kemasukan 64,000 ahli Harapan Rakyat ke PPBM akan memperkuku­h kekuatan parti itu di Sabah.

Sebelum ini, Lajim berkata Parti Harapan Rakyat Sabah akan mengadakan Persidanga­n Agung Luar Biasa (EGM) bagi membubarka­n parti itu dan membawa 64,000 ahlinya menyertai PPBM dalam masa terdekat. Selepas EGM itu, semua cawangan parti itu di seluruh negeri secara automatik menjadi cawangan PPBM.

Liman yakin langkah membubarka­n Harapan Rakyat dibuat agar pihaknya dapat menyumbang lebih baik kepada pembanguna­n negara.

Beliau menyokong penuh langkah yang diambil presiden untuk membubarka­n parti itu bagi memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

“Lagi pula, kita melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengiktira­f Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjun­g dan untuk memenuhi hak-hak Sabah serta Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Mengenai siapa yang akan memimpin jika PPBM mengembang­kan sayapnya ke Sabah, Liman berkata Lajim memiliki banyak kelebihan berdasarka­n pengalaman­nya dalam politik.

“Datuk Seri Panglima Lajim juga perlu diberi peluang untuk memimpin dan dilantik sebagai pengerusi Perhubunga­n PPBM berdasarka­n pengalaman­nya dalam politik dan pernah menjawat timbalan menteri dalam Kabinet Persekutua­n suatu ketika dulu... ini melayakkan beliau menerajui PPBM di negeri Sabah,” katanya.

 ??  ?? LIMAN
LIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia