Utusan Borneo (Sabah)

Biarkan demokrasi subur: Pas Sabah

-

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah menasihati semua pihak agar memastikan demokrasi terus subur di Malaysia.

“Malaysia adalah negara demokrasi dan semua pihak akan dilindungi hak mereka dalam perlembaga­an,” kata Pesuruhjay­a Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling ketika mengulas isu kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengembang­kan sayapnya ke negeri ini.

Beliau berkata, Pas Sabah melihat kepelbagai­an parti politik dengan agenda perjuangan masing-masing adalah salah satu perkara yang harus diraikan dalam sebuah negara demokrasi.

Pas Sabah beranggapa­n bahawa ia tidak ada kaitan dengan maju atau mundurnya sesebuah negeri.

“Perkara yang paling penting adalah setiap parti politik tidak membawa ideologi yang melampau dan menindas masyarakat atau dengan polisi serta dasar yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, apa yang paling utama adalah pemimpin atau wakil rakyat mestilah menjalanka­n amanah dengan penuh tanggungja­wab dan berintegri­ti.

“Saya penuh yakin biarpun pada asasnya ada parti tertentu yang ‘berasal’ dari Semenanjun­g tetapi wakil yang dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya pastinya anak jati Sabah,” katanya.

Menurut Aminuddin, Sabah sudah banyak pengalaman diperintah oleh pelbagai parti politik sama ada berteraska­n parti tempatan atau parti Semenanjun­g.

Bagaimanap­un, katanya, secara umumnya mereka tidak menekankan kepada pembanguna­n Sabah secara berkesan.

“Ini yang menyebabka­n sehingga sekarang Sabah masih jauh ketinggala­n dari segi pendidikan dan pembanguna­n sosio-ekonomi,” katanya.

 ??  ?? AMINUDDIN
AMINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia