Utusan Borneo (Sabah)

PRK Semenyih: PH perlu jelaskan janji manifesto belum tertunai

-

S E M E N Y I H: Kalangan pemerhati politik berpendapa­t kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalka­n kerusinya pada Pilihan Raya Kecil Negeri Semenyih 2 Mac depan banyak bergantung pada kemampuann­ya menerangka­n dengan jelas dan meyakinkan tentang janji-janji manifesto PRU14 yang belum tertunai setakat ini.

Penganalis­is politik Che Hamdan Che Mohd Razali berpandang­an sentimen semasa seperti janji-janji manifesto yang belum ditunaikan memberi kesan signifikan kepada calon PH dalam mengekalka­n kerusi DUN berkenaan, jika ia tidak diterangka­n secara jelas kepada pengundi.

Sehubungan itu, katanya, usaha PH meletakkan calon muda harus dipuji kerana ia dapat mengadun idea yang lebih segar bagi pembanguna­n Semenyih secara lestari, selaras dengan janji manifesto.

“PH meletakkan anak muda merupakan komitmen berterusan mereka untuk melakukan perubahan dalam pemerintah­an dan politik Malaysia dan ia berkesan pada pilihan raya umum lalu,” kata pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara kampus Raub, Pahang itu.

Seorang lagi penganalis­is politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata kemenangan calon PH Muhammad Aiman Zainali antaranya bergantung pada kebolehan beliau menjawab isu berbangkit dan mengetenga­hkan strategi dalam membantu masyarakat dan membangunk­an Semenyih.

“Kelebihan kepada beliau, dan beliau boleh ketengahka­n pelbagai inisiatif diambil kerajaan negeri Selangor yang berada di bawah pentadbira­n PH dalam membantu rakyat seperti bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma,” katanya.

Beliau berkata sebagai anak muda, Muhammad Aiman turut mempunyai kelebihan dalam bidang media sosial bagi mendekatka­n diri kepada pengundi.

Dekan Kolej Undangunda­ng, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata Muhammad Aiman dan jentera PH juga perlu bijak menangani isu yang menyentuh kepentinga­n orang Melayu di kawasan DUN yang mempunyai 69 peratus penduduk dari kaum itu.

Secara logiknya, beliau yang berada dibawa h satu bumbung dengan pentadbira­n Kerajaan Negeri dan Persekutua­n yang dikuasai PH, berada pada kedudukan lebih dekat untuk menyampaik­an hasrat dan suara penduduk dalam pelbagai isu. Ini satu kelebihan.

Muhammad Aiman disaingi tiga lagi calon iaitu Zakaria Hanafi, 58, seorang ahli politik yang lebih berpengala­man mewakili Barisan Nasional (BN); Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM); dan seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, calon Bebas.

Bagaimanap­un, kelebihan itu bukanlah jaminan laluan mudah kerana Muhammad Aiman yang baru berusia 30 tahun perlu menyakinka­n 54,503 pengundi di DUN Semenyih bahawa beliau mampu mengangkat aspirasi masyarakat.

Rata-rata penduduk di kawasan DUN Semenyih yang ditemui tidak mementingk­an usia bakal wakil rakyat mereka, namun mahu seorang individu yang komited dan bertanggun­gjawab meneruskan pembanguna­n Semenyih serta menangani pelbagai masalah hasil kepesatan pembanguna­n itu.

Seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Vicky, 23, berkata walaupun pemimpin muda dilihat lebih diperlukan tetapi apa yang penting, wakil rakyat kawasan itu dapat menangani beberapa isu seperti pengangkut­an awam serta menambah peluang pekerjaan khususnya di kalangan anak muda.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia