Utusan Borneo (Sabah)

Program Jom Ke Sekolah: Kolaborati­f KPM, PDRM tangani masalah disiplin dan salah laku

Kolaborati­f KPM, PDRM tangani masalah disiplin dan salah laku

- Oleh SALMAN ABADI

PELAJAR sekolah masa kini tidak hanya terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah, vandalisme dan buli, tetapi turut berjinakji­nak dengan jenayah yang lebih ‘advance’ dan ekstrem.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara jenayah yang pernah dicatatkan dalam jurnal juvana ialah seperti jual beli dadah, salah laku seks, membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan.

Katanya, elemen-elemen negatif yang disebarkan melalui kecanggiha­n teknologi serta kebebasan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja, menjadi antara penyumbang kepada keruntuhan dan kebejatan akhlak generasi muda masa kini.

Beliau menegaskan demikian dalam teks Perutusan Ketua Polis Negara sempena Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan serentak di semua sekolah seluruh negara, pada Isnin.

Program itu dilaksanak­an dengan kolaborati­f bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku jenayah dalam kalangan para pelajar.

Menurut KPN, kerjasama itu adalah ‘noble effort’ yang

perlu diteruskan ke arah membentuk sahsiah dan sosialisas­i generasi pelapis agar kekal mapan demi kelangsung­an negara yang cemerlang dan gemilang.

Teks perutusan KPN sempena ‘Program Jom Ke

Sekolah 2019’ disampaika­n oleh pegawai perhubunga­n sekolah (PPS) yang terdiri daripada para pegawai atau anggota polis yang terdapat di setiap sekolah.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar Sandakan turut mengadakan program itu yang mana teks perutusan KPN disampaika­n oleh PPS sekolah berkenaan iaitu Insp Khairul Azhar dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Dalam perutusan itu, KPN turut berkongsi statistik jenayah melibatkan pelajar sekolah yang mana tahun 2017, sebanyak 1,722 kes dilaporkan dan jumlah itu menurun kepada 1,285 kes tahun lalu.

“Meskipun menunjukka­n penguranga­n, namun usaha menanganin­ya masih perlu dipergiatk­an memandangk­an jumlah kes ini masih berada pada tahap yang menggusark­an,” katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah narkotik pula menunjukka­n sebanyak 467 tangkapan melibatkan pelajar sekolah pada 2017 dan meningkat kepada 577 tangkapan pada tahun 2018.

Jelasnya, penglibata­n pelajar dengan gejala najis dadah yang semakin serius memerlukan perhatian semua pihak, tambahan pula kita tidak dapat menolak pandangan spektikal masyarakat bahawa najis dadah adalab ‘ibu’ kepada segala punca perlakuan jenayah.

“Menyedari bahawa proses pembentuka­n sosialisas­i masyarakat bermula seawal usia remaja, maka langkah awal dalam membendung salah laku jenayah harus dilaksanak­an menerusi kerjasama rapat antara pihak sekolah dengan PDRM melalui pegawai perhubunga­n sekolah,” ujarnya.

Menurutnya, PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat, sebagimana yang telah digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubunga­n Sekolah.

Antaranya termasukla­h mengumpul maklumat dari pihak sekolah untuk diambil tindakan oleh KPM atau PDRM jika perlu, melakukan rondaan/lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamata­n kepada warga sekolah.

“Mekanisme ini secara tidak langsung berupaya mendorong dan memberi kesedaran kepada warga sekolah berkaitan peranan yang boleh dimainkan serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diimplimen­tasi dalam usaha mengekang ke salah laku disiplin murid, sekali gus menjayakan program ini,” katanya.

Mohamad Fuzi turut menjelaska­n, penglibata­n Kor Kadet Polis merupakan ‘mata-mata cilik’ yang terlatih dengan disiplin tinggi melalui latihan kawad, bekerja dalam pasukan, perkhemaha­n, kerja khidmat masyarakat dan sebagainya.

“Semangat kepolisan dan patuh kepada undangunda­ng yang ditetapkan dalam diri para ahli Kor Kadet Polis, melayakkan mereka menjadi role model kepada rakan sebaya yang lain.

“Bonus kepada warga guru juga, Kor Kadet Polis ini diyakini mampu menjadi ‘lensa’ kepada warga sekolah dalam mengenal pasti kegiatan yang melanggar etika dan disiplin sekolah.

Katanya, jumlah keahlian Kor Kadet Polis di seluruh negara telah mencecah 116,702 orang, pada tahun 2018, tidak termasuk 3,432 ahli bagi 52 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Sempena pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2019, pihak KPM telah mengambil inisiatif menyediaka­n papan kenyataan PPS di sekolahsek­olah.

“Inisiatif ini bertujuan memberi maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan oleh PPS serta info-info semasa berkaitan undang-undang dan kejadian jenayah yang berlaku dalam kalangan remaja,” katanya sambil berharap usaha murni itu dapat meningkatk­an kesedaran kepada warga sekolah untuk sama-sama mewujudkan persekitar­an sifar jenayah di sekolah masing-masing.

Beliau menambah, ungkapan ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’,

jelas menggambar­kan betapa pentingnya golongan ini sebagai pewaris kepimpinan yang bakal memacu masa depan negara.

Katanya, kita mampu tersenyum lega apabila melihat prestasi akademik dan kokurikulu­m para pelajar seluruh negara yang saban tahun meningkat dan mencapai sasaran yang membanggak­an.

Namun, katanya, kita tidak boleh terlalu berlapang dada kerana di sebalik sisi permata, adanya segelintir anak muda yang terjerumus dalam kancah salah laku jenayah dan memerlukan perhatian serta tindakan serius daripada semua pihak untuk menanganin­ya.

Sementara itu, Guru Besar SK Sibugal Besar Norliza Che Ishak berkata program itu bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborati­f yang lebih mantap antara pihak sekolah dan PPS, di samping membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral, sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Selain itu, ia juga

bertujuan memperluas­kan penggunaan papan kenyataan PPS oleh PDRM di sekolah serta memberi ruang kepada pihak PDRM melalui PPS untuk memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisan kepada warga sekolah dan pihak ibu bapa.

Katanya, pelaksanaa­n Program Jom Ke Sekolah oleh KPM dan PDRM adalah amat bertepatan dengan usaha KPM yang baru dilaksanak­an iaitu Program Ziarah Cakna yang juga bersesuaia­n dengan amalan ‘Guru Penyayang’ dan ‘Sekolah Selamat’.

“Kerjasama PPS melalui program Jom Ke Sekolah diharap dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif,” katanya.

Beliau menyeru semua murid agar sentiasa menjauhi perkara negatif dan gejala tidak sihat dan tidak bermoral seperti buli, ponteng, merokok, dadah dan sebagainya yang boleh merosakkan diri dan masa depan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pelajaran, menghormat­i guru dan ibu bapa serta sentiasa memanfaatk­an peluang untuk menimba ilmu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sibugal Besar Mohd Sallan Mohd Salleh dan Penolong PPS Sjn Adim Idris serta para penolong kanan dan guru bersama lebih 250 murid Tahap 2 SK Sibugal Besar.

Program itu bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborati­f yang lebih mantap antara pihak sekolah dan PPS, di samping membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral, sama ada di dalam atau di luar sekolah. NORLIZA CHE ISHAK Guru Besar SK Sibugal Besar

 ??  ?? NORLIZA (tiga kiri) bersama Khairul Azhar (empat kanan) menunjukka­n papan kenyataan PPS yang diwujudkan di SK Sibugal Besar.
NORLIZA (tiga kiri) bersama Khairul Azhar (empat kanan) menunjukka­n papan kenyataan PPS yang diwujudkan di SK Sibugal Besar.
 ??  ?? PPS dan guru-guru serta Mohd Sallan (lapan kiri) bergambar kenangan bersama guru-guru dan sebahagian murid SK Sibugal Besar.
PPS dan guru-guru serta Mohd Sallan (lapan kiri) bergambar kenangan bersama guru-guru dan sebahagian murid SK Sibugal Besar.
 ??  ?? KHAIRUL dan Norliza menandatan­gani plak pelancaran papan kenyataan PPS.
KHAIRUL dan Norliza menandatan­gani plak pelancaran papan kenyataan PPS.
 ??  ?? KHAIRUL (duduk, empat kiri) bersama Norliza (lima kiri) dan barisan guru-guru sesi pagi SK Sibugal Besar sempena Program Jom Ke Sekolah 2019.
KHAIRUL (duduk, empat kiri) bersama Norliza (lima kiri) dan barisan guru-guru sesi pagi SK Sibugal Besar sempena Program Jom Ke Sekolah 2019.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 250 murid Tahap Dua dan prasekolah SK Sibugal Besar yang menghadiri program itu.
SEBAHAGIAN daripada lebih 250 murid Tahap Dua dan prasekolah SK Sibugal Besar yang menghadiri program itu.
 ??  ?? KHAIRUL menerima cenderamat­a disampaika­n oleh Norliza sambil diiringi Penolong Kanan HEM SK Sibugal Besar Dayang Salmah Abu Bakar (kiri).
KHAIRUL menerima cenderamat­a disampaika­n oleh Norliza sambil diiringi Penolong Kanan HEM SK Sibugal Besar Dayang Salmah Abu Bakar (kiri).
 ??  ?? NORLIZA (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil PIBG SK Sibugal Besar yang turut menghadiri program itu.
NORLIZA (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil PIBG SK Sibugal Besar yang turut menghadiri program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia