Utusan Borneo (Sabah)

UMS semak kurikulum prasiswaza­h

Tambah baik program akademik

-

“Objektif bengkel ini adalah untuk menentukan kaedah-kaedah mengoperas­ikan semakan kurikulum untuk semua program akademik di UMS berdasarka­n hala tuju Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan UMS, dan perkembang­an terbaharu nilai, amalan serta agenda yang mempengaru­hi pendidikan tinggi. PROFESOR DR RASID MAIL Timbalan Naib Canselor (Akdemik dan Antarabang­sa) UMS

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) menjalanka­n semakan semula kurikulum prasiswaza­h bagi menerapkan beberapa nilai yang telahpun dikenal pasti sejak semakan yang telah dijalankan terdahulu.

Antara nilai yang telah dikenal pasti adalah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, Revolusi Industri 4.0, Kehendak Industri Semasa, Trend Pasaran Kerja Masa Depan, ‘Constructi­ve Alignment on Outcome-based Education’, ‘Classroom of the Nature’, Nilai ‘Love, Happiness and Mutual Repect’, Nilai ‘Dynamic, Sustainabl­e, Integrity, Justice, Happiness’ serta ‘Branding – Smart-Eco UMS 4.0’.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akdemik dan Antarabang­sa) UMS Profesor Dr Rasid Mail, semakan kali ini merupakan rombakan besar sejak 12 tahun lalu, dan ia merupakan salah satu aktiviti utama sempena sambutan Jubli Perak penubuhan UMS.

“Objektif bengkel ini adalah untuk menentukan kaedah-kaedah mengoperas­ikan semakan kurikulum untuk semua program akademik di UMS berdasarka­n hala tuju Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan UMS, dan perkembang­an terbaharu nilai, amalan serta agenda yang mempengaru­hi pendidikan tinggi. Kaedahkaed­ah ini akan digunakan dalam semakan kurikulum yang formal di fakulti selepas bengkel ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin merasmikan bengkel itu.

“Adalah dijangkaka­n bahawa bengkel ini menjadi platform untuk membincang­kan isu-isu terkini dan dapat menambah baik kurikulum bagi semua program akademik UMS agar relevan dengan keperluan masa kini.

“Adalah juga diharapkan bahawa graduan UMS yang akan mengikuti kurikulum yang telah diubah suai akan mengikuti program akademik dalam suasana yang gembira dan memotivasi­kan, dan seterusnya dapat menguasai hasil pembelajar­an yang memenuhi keperluan segera serta industri,” tambahnya.

Bengkel yang dijalankan selama tiga hari itu melibatkan penyertaan daripada 10 fakulti dan dua pusat dalam UMS yang disertai oleh 110 orang yang terdiri daripada para dekan, pengarah, timbalan dekan, ketua program, penyelaras dan penolong pendaftar kanan akademik.

Turut hadir pada bengkel itu, Presiden Persekutua­n Industri Sabah Datuk Ir Chong Hon Len, Presiden Kadazandus­un Chamber of Commerce and Industry (KCCI) Datuk Bonipasius Bianis, Pengerusi Persatuan Jurutera Perunding Malaysia cawangan Sabah Ir Tan Kok Jyh serta Pengurus ASM Management Ahmad Syabirin sebagai wakil alumni UMS.

 ??  ?? PARA peserta bengkel merakamkan gambar kenangan.
PARA peserta bengkel merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bengkel itu yang bertemakan Towards FutureRead­y Academic Programmes. RASID ketika menyampaik­an ucapan aluan bengkel Semakan Kurikulum Prasiswaza­h UMS 2019.
SEBAHAGIAN peserta bengkel itu yang bertemakan Towards FutureRead­y Academic Programmes. RASID ketika menyampaik­an ucapan aluan bengkel Semakan Kurikulum Prasiswaza­h UMS 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia