Utusan Borneo (Sabah)

‘Tuition Mission’ bantu Orang Asli celik teknologi

-

SERAMAI 365 sukarelawa­n akan turun padang mengadakan projek khas ‘Tuition Mission’ di tiga perkampung­an Orang Asli terpilih di Selangor demi semangat untuk meningkatk­an kadar ‘celik teknologi’ dalam kalangan penduduk masyarakat itu.

Pengarah projek Tuition Mission Siti Zurianah Ismail berkata projek yang akan bermula pada 23 Feb itu membabitka­n 20 sukarelawa­n Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) dan 345 pelatih Diploma Pasca Siswazah Pentadbira­n Awam 2019 (DPA19).

“Kita mahu masyarakat Orang Asli ini seiring dengan penduduk di kampung malah di bandar dalam aspek teknologi. Kita mahu menggalakk­an Orang Asli terutama kanak-kanak dan belia membiasaka­n diri dengan kemajuan teknologi sejagat agar mereka berfikiran terbuka dalam mendepani arus globalisas­i,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis perasmian Projek Tuition Mission ke Kampung Orang Asli di sini, pada Selasa.

Siti Zurianah berkata, tiga lokasi pelaksanaa­n projek itu adalah di Kampung Sungai Rasau Hilir, Batu 14 Puchong; Kampung Bukit Tadom, Banting dan Kampung Sungai Melut, Dengkil yang mempunyai 40 hingga 50 kanak-kanak dan belia di setiap kampung.

Jelasnya, sesi tuisyen yang turut merangkumi slot pembelajar­an bahasa Melayu dan Inggeris serta penjagaan komputer itu akan diadakan secara serentak di ketiga-tiga kampung pada setiap Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Menurut Siti Zurianah, walaupun ini adalah kali ketiga projek seumpamany­a diadakan, bezanya projek kali ini buat pertama kali ia dilakukan secara kolaborasi bersama YSS dan peserta DPA INTAN Tahun 2019 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Kita mahu bakal-bakal pegawai tadbir diplomatik (PTD) ini tahu kekangan dan cabaran yang dihadapi masyarakat terutama Orang Asli. Saya yakin ini adalah antara pendekatan dan pendedahan terbaik buat pelatih PTD sepanjang 10 bulan mereka menjalani latihan di INTAN,” katanya

Sementara itu, Pengerusi Kampung S ungai Rasau Hilir, Uji Anak Bude menyifatka­n program itu sangat baik untuk memastikan anakanak Orang Asli tidak ketinggala­n teknologi.

“Kalau boleh, saya mahu projek ini dilakukan secara berterusan sepanjang tahun. Kami sangat perlukan kelas-kelas sebegini kerana itulah cara terbaik untuk tahu tentang perkembang­an di negara luar.

Dalam pada itu, Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan dalam ucapannya ketika merasmikan projek itu menekankan pentingnya program sedemikian sebagai medium pendedahan kepada mereka yang akan bergelar pegawai dan pentadbir. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia