Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan program MIE mampu lahir guru inovatif

-

PENDEDAHAN menerusi bengkel Microsoft Innovative Educator (MIE) terhadap warga pendidik mampu melahirkan guru berkemahir­an dalam bidang inovasi selaras dengan matlamat Pembelajar­an Abad Ke 21 (PAK 21).

Ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baharu dalam dunia pendidikan.

Pembelajar­an Abab

Ke 21 dikatakan sebagai proses pembelajar­an yang berpusatka­n kepada murid dan beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaborati­f, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni serta etika, dan dikenali sebagai standard asas dalam PAK21.

Justeru, Ketua Jabatan Kecemerlan­gan Akademik (JKA) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau Naima Kadir berkata dengan adanya bengkel MIE, ia dapat mengenal pasti serta memberi peluang kepada warga pendidik khususnya bakal guru untuk menggunaka­n teknologi dalam bilik darjah bagi mencapai pembelajar­an yang maksima oleh pelajar.

Katanya program MIE yang dikendalik­an oleh Jabatan Kecemerlan­gan Akademik dengan Microsoft Malaysia selama sehari itu membabitka­n jurulatih MIE yang diketuai oleh Noorshahid­a Zainal Abidin, Zulhilmi Ahmad, Anita Adna dan Sumayyah Mustapha dan seorang jurulatih dari Sekolah Kebangsaan Gading Kunak, Amirah Abdul Rahman dengan sasaran peserta para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Jun 2015.

Katanya, ia memberi peluang kepada semua pelajar tahun akhir untuk mendalami kemahiran penggunaan teknologi dalam bilik darjah di samping mengikuti program Pendidik Berinovasi yang dirancang oleh Microsoft Malaysia.

Program MIE menyasarka­n pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanafaa­t kepada pendidik berinovasi dan juga kepada pendidik yang baru mula untuk menerajui inovasi dalam bilik darjah.

“Pendedahan kepada semua pelajar tahun akhir terhadap Program MIE adalah salah satu platform tambah nilai berfaedah kepada mereka.

“Selain itu, program ini boleh memberi peluang kepada mereka untuk menjadi ahli pendidik berterusan dalam kalangan Pendidikan Inovatif yang dianjurkan oleh Microsoft Malaysia bagi semua pendidik sekolah di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Amirah yang juga bekas pelajar IPG Kampus Tawau dalam bidang pengkhusus­an TESL 2013 berkata bengkel itu adalah cara bagaimana seorang dapat mengenal pasti alat-alat teknologi dalam Microsoft. Katanya ia adalah sebagai asas pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah yang sesuai diguna pakai.

“Ia memberi ruang membina rangkaian secara pembelajar­an profesiona­l dalam kalangan pendidik di seluruh dunia dan memberi peluang meningkatk­an kemahiran dalam bidang teknologi serta membudayak­an amalan inovasi teknologi dalam kalangan guru awalan,” katanya.

Menyentuh pendedahan pendekatan PAK 21 di kawasan pedalaman, Amirah menjelaska­n meskipun murid-murid yang bersekolah di kawasan pedalaman kurang diberi pendedahan mengenai teknologi maklumat, namun usaha tetap diteruskan dengan memberi penjelasan mengenai PAK 21.

“Pendedahan PAK 21 disampaika­n kepada guruguru menerusi pendekatan bengkel agar perolehan ilmu itu dapat disampaika­n kepada para murid di dalam bilik darjah,” jelasnya.

 ??  ?? NAIMA (tiga dari kiri) merakam gambar bersama jurulatih MIE dan para pelajar pada akhir sesi bengkel.
NAIMA (tiga dari kiri) merakam gambar bersama jurulatih MIE dan para pelajar pada akhir sesi bengkel.
 ??  ?? AMIRAH (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Naima.
AMIRAH (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Naima.
 ??  ?? TIMBALAN Pengarah IPG Tawau Dr Najamuddin Bachora (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Noorshahid­a.
TIMBALAN Pengarah IPG Tawau Dr Najamuddin Bachora (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Noorshahid­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia