Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan masyarakat Cina bangun ekonomi, ubah politik dipandang tinggi

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Sumbangan masyarakat Cina membangun ekonomi, pendidikan dan perjuangan politik amat dipandang tinggi kerajaan termasuk daya usaha mengangkat kerajaan baharu yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan).

Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Francis Au berkata sumbangan masyarakat Cina dalam pembanguna­n ekonomi sudah diiktiraf, dipandang tinggi dan amat dihargai kerajaan selama ini.

“Peranan masyarakat Cina dalam pembanguna­n fizikal, kebajikan, kemasyarak­atan dan pendidikan turut memberi kemudahan kepada kaum lain di Kota Marudu untuk memperbaik­i taraf hidup,” katanya.

Beliau yang juga ketua Wira Warisan Kota Marudu berkata demikian ketika melancarka­n rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Tokong Fok Tak Chu pada Ahad, dihadiri kira-kira 500 orang.

Hadir sama, pengerusi penganjur Johnny Leong dan ahli jawatankua­sanya Hong, James Voon dan Lim Su Yang serta timbalan Ketua Wira Majamis Timbuong.

Pada majlis itu, Johnny memberitah­u pihaknya berharap pelbagai program yang dikendalik­an tokong itu mendapat peruntukan daripada kerajaan melalui Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua.

Francis meminta agar butiran terperinci mengenai keperluan yang dipohon dapat diajukan bagi melancarka­n proses pengambila­n tindakan.

“Ini termasuk keperluan melengkapk­an peralatan sekolah SJKC Khoi Ming sebanyak RM300 ribu di samping keperluan tadika sekolah itu untuk diajukan terus ke perhatian Ketua Menteri,” katanya merujuk permintaan James yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah sekolah berkenaan.

Majlis itu diserikan persembaha­n tarian singa, tarian kipas, lagu Tahun Baharu Cina oleh S Wellie, Hiew dan para artis jemputan bersama pelajar SJKC Khoi Ming. Turut diadakan ialah penyampaia­n angpau kepada warga emas dan kanak-kanak.

 ??  ?? FRANCIS (empat kiri) bersama tetamu melancarka­n majlis Tahun Baharu Cina.
FRANCIS (empat kiri) bersama tetamu melancarka­n majlis Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia