Utusan Borneo (Sabah)

150 bakal terima bantuan Pakej Makanan

-

TAMBUNAN: Seramai 150 orang yang berkelayak­an dan terpilih dalam golongan keluarga berpendapa­tan rendah (B40) terdiri ibu bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dari sekitar daerah ini akan menerima bantuan Pakej Makanan sempena Program Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama komuniti yang akan diadakan pada 21 Februari di Pisompurua­n Square di sini.

Penolong Pegawai Daerah Herry Awit menyatakan demikian semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an program itu di Pejabat Daerah Tambunan.

“Program ini yang juga anjuran bersama Hospital UMS, National Food Aid Foundation, Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan daerah ini antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentinga­n penjagaan kesihatan dan perkongsia­n penjagaan kesihatan antara doktor Hospital UMS dengan masyarakat,” katanya.

Selain itu, katanya, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program itu seperti pemeriksaa­n kesihatan, pameran kesihatan, kempen derma darah, ceramah kesihatan, Klinik Berhenti Merokok dan lain-lain lagi.

Herry yang mewakili pegawai daerah berkata, program yang akan dirasmikan oleh Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin itu sememangny­a memberi manfaat kerana para peserta akan didedahkan kepada hal-ehwal kesihatan khususnya berkaitan kehidupan seharian.

“Saya juga mengalu-alukan kehadiran masyarakat umum ke program ini kerana pengisian aktiviti yang dilaksanak­an sangat menarik yang sudah pastinya akan memberikan satu lagi percambaha­n ilmu berguna.

“Ini kerana adanya perkhidmat­an kesihatan yang diadakan secara langsung yang boleh membantu dan memberi bimbingan kepada orang ramai supaya sentiasa mengutamak­an aspek kesihatan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Penolong Pendaftar Hospital UMS Hinmin Chiam Tah Kong dan Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Elvina Jane Justin.

 ??  ?? HERRY (duduk, dua kanan) bersama ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan kerajaan selepas mesyuarat itu. Turut kelihatan Hinmin (dua kiri) dan Elvina (kanan).
HERRY (duduk, dua kanan) bersama ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan kerajaan selepas mesyuarat itu. Turut kelihatan Hinmin (dua kiri) dan Elvina (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia