Utusan Borneo (Sabah)

FPEP UMS anjur sesi ‘Meet and Greet’, bina keyakinan pelajar pacsiswaza­h baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan( F P E P) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan sesi ramah mesra ‘Meet and Greet’ bersama 37 pelajar pascasiswa­zah Semester 2, 2018/2019 di fakulti berkenaan.

Timbalan Dekan( Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswa­zah) FPEP Dr Arif @Kamisan Pusiran berkata, semasa mengikuti pengajian peringkat pascasiswa­zah, para pelajar perlu membentuk disiplin diri dan mengekalka­n hubungan baik dengan penyelia.

“Amat penting bagi para pelajar pascasiswa­zah untuk bergiat aktif menyertai aktiviti dan program bukan akademik anjuran fakulti dan UMS di samping sentiasa bersikap proaktif serta saling berhubunga­n dengan rakanrakan pelajar selain ahli akademik.

“Para pelajar bukan sahaja dapat membina jalinan persahabat­an yang kukuh, malah ada dalam kalangan rakan-rakan dan pensyarah dikenali nanti dapat memberikan maklumat serta maklum balas mengenai kajian yang dijalankan, sekali gus membantu kelancaran proses pengajian,” katanya ketika mewakili Dekan FPEP Prof Dr Raman Noordin pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Dekan (Penyelidik­an dan Inovasi) FPEP UMS Dr Rini Suryati Sulong serta beberapa pensyarah selaku penyelia kepada pelajar baharu.

Beberapa pelajar antarabang­sa yang ditemui menyatakan mereka mengenali UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang tersohor di Borneo.

Pelajar dari China, Yuan Weiren berkata keindahan flora dan fauna kepulauan Borneo, khasnya negeri Sabah memang sudah sedia dikenali oleh komuniti antarabang­sa.

“Faktor lain yang mendorong saya datang ke Sabah adalah kerana adanya penerbanga­n langsung ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dari China,” katanya.

Rakan senegarany­a, Xiao Yanli turut senada dengan beliau apabila turut melahirkan rasa teruja dengan persekitar­an kampus UMS serta tidak sabar untuk menikmati keindahan negeri Sabah semasa mengikuti pengajian doktor falsafah di FPEP nanti.

“Pengajian di universiti ini pasti menjadi satu memori yang indah buat kami,” kata mereka berdua yang juga pensyarah di salah sebuah universiti di China.

Bagi pelajar tempatan, Sean Andrew Labansing, dia meneruskan ijazah doktor falsafah di UMS kerana yakin akan keupayaan universiti itu khususnya FPEP untuk menghasilk­an graduan yang berdaya saing.

“Saya mengikuti pengajian kerana minat untuk mengkaji lebih dalam lagi mengenai sektor kelapa sawit di mana kajian itu adalah berkaitan kerjaya saya sebagai pengurus perladanga­n sawit yang berpangkal­an di Jakarta, Indonesia.

“Saya percaya dengan barisan pensyarah yang ada di FPEP UMS ini akan membantu saya untuk fokus dan menamatkan pengajian ini dengan baik,” katanya

Untuk rekod, pecahan pelajar pascasiswa­zah FPEP UMS untuk semester ini terdiri daripada 27 pelajar ijazah doktor falsafah, selebihnya iaitu 10 pelajar yang lain adalah pelajar ijazah sarjana.

FPEP UMS sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Perniagaan dan Ekonomi ditubuhkan pada tahun 1995 bertujuan memenuhi keperluan negara dalam pelbagai bidang perniagaan, ekonomi dan perakaunan bagi memastikan Malaysia mencapai objektifny­a untuk menjadi sebuah negara perindustr­ian menjelang tahun 2020.

 ??  ?? ARIF sedang menyampaik­an taklimat pengenalan fakulti.
ARIF sedang menyampaik­an taklimat pengenalan fakulti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia