Utusan Borneo (Sabah)

Penampilan sulung Brie Larson sebagai adiwira wanita dalam ‘Captain Marvel’

-

PEMENANG Oscar Brie Larson terjebak dalam konflik antara galaksi dalam filem adiwira pertama yang diketuai wanita terbitan Marvel Studios ‘Captain Marvel’, watak yang menurutnya mencabarny­a di luar zon selesa sewaktu latihan.

Aktres itu, yang memenangi Anugerah Oscar bagi aktres terbaik untuk ‘Room’, membawa watak bekas juruterban­g pejuang Amerika Syarikat (AS) Carol Danvers dalam filem yang amat dinanti-nantikan itu, berlatarbe­lakangkan tahun 1990-an dan menceritak­an bagaimana dia menjadi seorang adiwira.

Dengan filem yang memaparkan banyak adegan pertarunga­n, latihan Larson termasuk judo dan menolak sebuah kenderaan Jeep, dengan satu video yang dia kongsikan dalam Instagram.

“Ada sesuatu tentang mencabar diri melepasi had yang selesa, dan kemudian pergi lebih jauh lagi daripada itu,” kata Larson kepada pemberita di Singapura pada minggu lepas.

“Ia adalah waktu ini ... melangkaui apa yang anda fikir dapat dilakukan ... dan ia kadang-kadang bermakna anda akhirnya terlantar di atas lantai sambil menangis, iaitu merayu agar ia berhenti tetapi semua itu adalah siapa Carol sebenarnya.”

Larson disertai dua bintang lain, Samuel L. Jackson and Gemma Chan, di Singapura untuk mempromosi­kan filem itu, yang memulakan tayangan di pawagam seluruh dunia pada Mac.

Dalam ‘Captain Marvel’, Jackson, 70, membawa watak perisik hebat Nick Fury versi lebih muda, yang memakai penutup mata, dan mempunyai parut dalam filem ‘Avengers’.

“Saya mempunyai naluri yang kurang berbanding Nick Fury yang lebih tua, jadi saya banyak belajar daripada Larson sepanjang filem,” katanya. — Reuters

 ??  ?? GEMMA CHAN, SAMUEL L JACKSON, BREE LARSON
GEMMA CHAN, SAMUEL L JACKSON, BREE LARSON
 ??  ??
 ??  ?? BRIE LARSON
BRIE LARSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia