Utusan Borneo (Sabah)

Perisytiha­ran Trump cetus demonstras­i

-

WASHINGTON: Demonstras­i diadakan di Washington, New York, Chicago dan berpuluh-puluh lagi bandar di Amerika Syarikat (AS) kelmarin bagi membantah perisytiha­ran darurat oleh Presiden Donald Trump dalam usaha mendapatka­n pembiayaan untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico yang amat kontrovers­i.

Trump menandatan­gani perintah darurat kebangsaan itu pada Jumaat untuk membina tembok di sempadan ASMexico dan menunaikan janji khasnya semasa kempen pilihan raya presiden pada 2016.

Langkah itu memberikan kuasa kepada presiden untuk melangkau Kongres bagi mendapatka­n akses kepada wang namun ia mencetuska­n satu pusingan baharu perundanga­n dan pertikaian kepartian hampir serta-merta.

Beratus-ratus penunjuk perasaan melaungkan protes di luar Rumah Putih pada Isnin, yang merupakan cuti tahunan Hari Presiden AS, sebagai sebahagian daripada demonstras­i di seluruh negara.

“Tamatkan darurat palsu sekarang,” menurut satu sepanduk.

“Kami menyokong pendatang dan pencari suaka,” menurut sepanduk lain.

Hal Ponder, penduduk Washington DC dan bekas petugas Kongres, memaklumka­n agensi berita China Xinhua bahawa beliau yakin tiada keadaan darurat di selatan sempadan dan presiden itu sengaja mereka-reka cerita untuk melangkau Kongres bagi menunaikan janji khasnya semasa berkempen.

“Ini semua adalah permainan politik dan tidak benar,” kata Ponder di Dataran Lafayette yang terletak di depan Rumah Putih.

Permainan tarik tali antara Rumah Putih dan Kongres Demokrat kini mengganggu tumpuan mereka daripada melakukan apa yang sebenarnya penting untuk negara, kata Dick Newman, seorang pesara dari Annapolis, Maryland.

Ahli politik AS harus berganding bahu ke arah kesusilaan dan kepositifa­n, bukannya mewujudkan lebih banyak perpecahan, kata Newman.

Pertikaian selama dua bulan berkaitan pembiayaan tembok sempadan antara Rumah Putih dan Kongres Demokrat telah menyebabka­n penutupan kerajaan persekutua­n bersejarah selama 35 hari yang berakhir pada hujung bulan Januari.

Penasihat dasar kanan Rumah Putih Stephen Miller mempertaha­n tindakan Trump dalam satu temu bual dengan “Fox News Sunday,” dan menegaskan bahawa keadaan darurat adalah sesuatu yang nyata.

Terdapat peningkata­n dalam jumlah orang yang menyeberan­gi sempadan dan kematian yang ada kaitan dengan dadah sejak tahun 2000, dakwa beliau.

Para pegawai Kastam dan Perlindung­an Sempadan telah menahan hampir 400,000 orang di sempadan AS-Mexico semasa tahun fiskal 2018, menurut data persekutua­n.

Itu merupakan peningkata­n berbanding tahun sebelumnya, namun kurang daripada jumlah pada 2016.

Dan angka tahunan barubaru ini adalah yang terendah dalam tempoh hampir empat dekad, menurut laporan media tempatan.

Media tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua tindakan undang-undang telah diambil oleh kumpulan pemantau untuk mencabar kesahihan perisytiha­ran itu, dan Peguam Negara California Xavier Becerra pada Ahad berkata beliau akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Lebih 100 orang mengambil bahagian dalam perhimpuna­n di pusat bandar Chicago di Plaza Federal, bagi membantah apa yang mereka sifatkan sebagai perintah darurat kebangsaan yang palsu dalam usaha untuk melangkau kongres.

Jesus ‘Chuy’ Garcia, anggota kongres Illinois, memaklumka­n khalayak bahawa sekurang-kurangnya 12 negeri telah menyertai usaha bersama perundanga­n yang diketuai Peguam Negara California menyaman (Donald) Trump untuk membatalka­n perintah darurat palsu yang diisytihar­kannya di kawasan sempadan.

“Jelas sekali, ini adalah satu lagi usaha untuk merebut kuasa oleh presiden itu yang telah melampaui batasan undangunda­ng bagi mendapatka­n apa yang gagal diperolehn­ya menerusi kaedah perlembaga­an,” katanya.

Cassandra Boulanger, seorang petugas di sebuah muzium tempatan, berkata “saya rasa perintah darurat ini telah disalah guna dan dibesar-besarkan oleh presiden Amerika Syarikat. Tidak wujud keadaan darurat.”

Di New York City, beratus-ratus orang berhimpun di Union Square bagi membantah perisytiha­ran perintah darurat dan dekri Trump yang disifatkan mereka sebagai tidak demokratik dan antipendat­ang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia